Sikap Ezam Patut Disanjung

17 Ogos, 1999 – Ketegasan Ezam mempertahankan haknya untuk mendedahkan penyelewengan para barisan kabinet melalui dokumen yang disimpan diluar negara patut mendapat sanjungan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan.

Selama 42 tahun UMNO memerintah Malaysia dan khususnya PM Mahathir yang berkuasa selama 18 tahun, sudah berapa banyak penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO hingga kini tiada siapa dapat memecahkan ‘tembelang’ itu.

Demikian antara rahmat di sebalik pemecatan DSAI pada September tahun lalu yang lebih banyak mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan BN. Para politikiawan berusaha bersungguh-sungguh mengkudakan kerajaan dan kakitangannya untuk mengaut faedah daripada tempoh kekuasaan yang mereka perolehi selama ini.

Minda Rakyat mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ezam yang mewakili rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan dalam usaha pendedahan ini. Jika esok atau lusa beliau ditahan di bawah mana-mana ‘akta neraka’ kerajaan BN, maka itulah bukti kesekian kalinya demokrasi negara ini dicerobohi oleh tangan-tangan gergasi yang rakus dan tamak!!~MR