Lupakan Usaha Menyekat Minda Rakyat
17 Ogos, 1999 – Kerajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini diseru memperlihatkan kematangannya ekoran badan itu mengeluarkan arahan yang melarang kakitangan kerajaan melawati laman yang 'kununnya' bersifat anti kerajaan.
Bagi menyeimbangkan maklumat yang hanya diperolehi dari satu pihak, JPA bukan sahaja berniat menghalang perkembangan minda rakyat negara ini, sebaliknya menafikan hak asasi kemanusiaan apabila cuba menyogok rakyat dengan satu hala maklumat.
Tindakan JPA keterlaluan mempertahankan UMNO dan bukannya mempertahankan kepentingan kerajaan, komen seorang pegawai tinggi kerajaan di negeri ini.
Justeru itu JPS digesa mengkaji semula peraturan yang melarang kakitangan kerajaan melawat laman yang dikatakan anti kerajaan. Jika penggunaan internet itu pada waktu bertugas, ia boleh diterima dan dilihat sebagai satu kewajaran.
Kerajaan perlu bersikap rasional dan lebih menjaga ‘hati’ kakitangannya daripada menyinggung dengan berbagai karenah dan birokrasi yang tidak menentu.~MR