18 Ogos, 1999 - Saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator
Datuk Paduka Ibrahim Ali Al-Kataki supaya kerajaan mewujudkan Akta Pengkhianat
Negara bertujuan menyekat kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara
adalah tidak relevan dalam situasi globalisasi alaf baru.
Malahan cadangan Putera Katak itu dibidas oleh kenyataan Pak Lah B yang
membuktikan bahawa Putera Katak itu cuba memainkan peranan dalam suasana politik
tahun 50'an, sedangkan negara kini bersiap sedia menghadapi alaf baru, abad ke
21.
"Kita memang tidak ada undang-undang seumpama itu...soalnya sekarang adakah undang-undang yang ada sekarang sudah mencukupi," kata Pak Lah B.
Sebaliknya, cadangan Putera Katak itu lebih relevan jika mahu mengujudkan undang-undang yang lebih spesifik seperti Akta Pengkhianatan UMNO, memandangkan sudah ramai ahli UMNO kini berpaling tadah menubuhkan KeADILan dan tidak kurang yang memasuki PAS. Ibrahim juga patut jadi manusia yang pertama didakwa kerana kesalahannya mengkhianati UMNO suatu masa dahulu sebelum melompat ke S46 dan PAS dan kembali melompat ke UMNO.~MR