18 Ogos, 1999 - Kenyataan Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin yang mengatakan tomahan-tomahan yang dilemparkan parti pembangkang telah menyebabkan pelabur asing berasa bimbang untuk membuat pelaburan di negara ini disifatkan bukan kenyataan dari seorang yang bergelar Menteri Kewangan.
Beliau berkata pelabur-pelabur itu merasa takut selepas mendapat maklumat
yang salah dari pembangkang itu. Sambil mengakui bahawa pelabur mengambilkira
kenyataan pembangkang, Tun Daim seperti sudah hilang akal menghadapi kemelesetan
yang berpanjangan.
"Sedikit sebanyak mereka akan terpengaruh dengan apa yang dinyatakan
pembangkang mengenai keburukan terutama dari segi ekonomi negara ini,"
katanya semasa merasmikan majlis Giat Mara Bersama Rakyat di Pusat Giat Mara
Bedong, Sg. Petani, semalam.
Di sebalik kenyataan Tun Daim itu, para pemerhati politik berpendapat sekali lagi kerajaan cuba meletakkan kegagalan menarik pelaburan asing ke atas fitnah dan tohmahan pembangkang, bukan di atas prinsip dan amalan kerajaan yang tidak mengutamakan dasar belanjawan 'berjimat cermat' dan berhati-hati.
Perlaksanaan projek mega seperti Putra Jaya dan Formula One dalam masa
kegawatan sebenarnya sebagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan kerajaan
memulihkan kegawatan ekonomi. Namun ia tidak pernah diambilkira dan dilihat sebagai satu
kesilapan. Ini adalah kerana, menurut pemerhati politik, bahawa kerajaan BN tidak pernah
bersalah sejak dahulu lagi!!~MR