Hanya Internet Hidang Maklumat Palsu?

18 Ogos, 1999 - Kenyataan pengampu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein di Hotel Syuen Ipoh semalam, bahawa masyarakat Malaysia kini sudah matang dalam menilai berita-berita palsu dan fitnah yang disebarkan melalui Internet disifatkan sebagai kegagalan kerajaan BN menjangkakan spekulasi dan risiko akibat pengenalan kepada rakyat medan maklumat tercanggih itu.

Walau pun beliau menghentam teruk internet dan dakwaan maklumat palsu serta fitnah, tetapi beliau sendiri seringkali melawatnya, jika tidak bagaimana beliau tahu segala maklumat itu fitnah. Sudah terbukti di kalangan rakyat terutama para netters bahawa saluran maklumat dari internet bersifat subjektif dan membuka minda rakyat. Sebaliknya kenyataan Hishamuddin itu disifatkan sebagai mahu 'mengurung minda rakyat di bawah tempurung'.

Beliau merujuk kenyataan internet bahawa akan berlaku rusuhan dalam masa lawatan Mahathir ke negeri China. Hishamuddin mendakwa masa akan menentukkan lama kelamaan, seperti juga surat layang, rakyat akan muak dengan berita-berita palsu dan fitnah dalam Internet.

Kenyataan Hishamuddin itu disangkal oleh statistik bahawa Laman-laman yang mendokong perjuangan Reformasi terus dikunjungi oleh para netter melalui The Counter.com malahan semakin hebat, mengatasi kehebatan yang dicatatkan oleh kunjungan 'x-rated picture' yang juga menjadi kegemaran Hishamuddin.~MR