18 Ogos, 1999 - Memang memeningkan serta memenatkan, menghadapi suasana muram dan kemunduran sokongan apalagi dalam situasi menghadapi pilihanraya umum negara sedikit masa lagi. Kata-kata ini ditujukan kepada para Menteri Kabinet Maha Firaun itu yang kini mengeluarkan berbagai kenyataan dan faktwa dalam menghadapi kegawatan sokongan dari rakyat.
Ada yang melucukan dan penuh jenaka seperti cadangan mengujudkan Akta Pengkhianatan Negara. Minda Rakyat berpandangan bahawa sekiranya akta itu dilaksanakan ia akan 'memakan tuan'nya sendiri kerana Ezam akan membuktikan kepada rakyat bahawa siapakah sebenarnya yang mengkhianati negara ini. Adakah ia para petani dan pesawah? Atau adakah ia pemandu teksi dan pemandu lori? Sudah tentu yang mampu melakukan kerja pengkhianatan ini ialah para menteri yang acapkali bergaul dengan menteri asing dan lawatan ke luar negeri tak putus-putus.
Sambil itu JPA sudah mengeluarkan Kos Etika Penggunaan Internet di Jabatan-jabatan Kerajaan. Itu lebih melucukan kerana melarang rakyat melawati laman 'yang didakwa' anti kerajaan. Jika etika ini dilaksanakan bererti kerajaan mengizinkan rakyat melihat 'x-rated picture' yang tersebar meluas dalam internet. Minda Rakyat bimbang nanti ada melibatkan gambar Hishamuddin atau para menteri yang lain pula.
Nampaknya kenyataan yang dibuat serta akta yang dikuatkuasa hanya menjurus kepada 'lawak jenaka' yang tidak lawak. Semoga Hishamuddin sudah bertaubat dan tidak meminum 'minuman itu lagi' sebelum membuat sebarang kenyataan!.~MR