18 Ogos, 1999 – Atas restu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Tan Seri Ramli Marcos, 5 pemuda yang merupakan komando UMNO telah 'melanyak' Ketua Pemuda KeADILan Negeri Perak, saudara Hanafiah b. Man dalam satu pertarungan 'maut' 5 lawan satu di Kg. Gajah, sehari selepas saudara Ezam mendedahkan dokumen penyelewengan para Menteri UMNO yang disimpan di luar negara.
Dalam pertarungan itu, komando UMNO menggunakan botol yang dipecahkan untuk 'menikam' mangsa (dipercayai atas niat mahu membunuh). Walau pun hanya seorang diri, Ketua Pemuda KeADILAN Perak itu mampu bertahan walau mengalami kecederaan yang agak parah.
Pemuda KeADILan yang mengetahui peristiwa ini kemudiannya menghantar 100 orang pemuda untuk bertindak balas, tetapi ditahan oleh ahli yang lain dengan alasan jangan mengeruhkan suasana.
Satu laporan polis telah dibuat oleh saudara Hanafiah Man di balai polis Kg. Gajah, Perak atas pergaduhan itu. Hingga kini polis masih belum berbuat apa-apa.
Dalam pada itu selepas kejadian pertarungan 'maut' itu, kedai perniagaan makanan bapa kepada Ketua Pemuda KeADILan Perak itu juga telah dipecahmasuk oleh komando UMNO. Beberapa peralatan perniagaan seperti peti sejuk dan perlatan kaca menyimpan makanan telah dipecahkan.
Maklumat juga diterima bahawa MB Perak Ramli Marcos berpuas hati atas tindakan komando UMNO setakat ini ke atas Hanafiah Man sebagai pengajaran kepada beliau yang banyak mendedahkan kelemahan UMNO Perak dan siri penyelewengan yang berlaku terhadap rakyat.
Minda Rakyat berterima kasih kepada pemberi maklumat ini yang mendapatkannya terus dari saudara Hanaifiah Man. Inilah paparan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO tidak rela untuk melepaskan kuasa politik yang sebenarnya menjadi milik rakyat.
Keangkuhan dan keganasan UMNO melalui para komandonya akan menerima pembalasan Allah dan pembalasan rakyat melalui pilihanraya umum negara akan datang. TAKBIR!!~MR