19 Ogos, 1999 - Kenyataan Mahathir yang menyatakan bahawa kaum Melayu adalah kaum yang 'bingong' memang tidak dapat diterima akal yang waras. Dalam kenyataanya beberapa hari lalu Najib juga secara tidak sengaja atau sengaja mengatakan bahawa semenjak tahun 70'an hingga sekarang prestasi pelajar Melayu semakin meningkat.
Ini jelas menafikan kenyataan Mahathir beberapa minggu lalu bahawa kaum Melayu adalah satu bangsa yang 'bingong' dan kurang matang. Apakah kerana kenyataan Najib itu, maka beliau akan menerima nasib yang sama sebagaimana padah yang diterima Tok Mat?~MR