19 Ogos, 1999 - Memang benar bahawa di sebalik kegawatan ekonomi ada pihak yang boleh mendapat rahmat apabila mengaut untung yang tidak diduga. Apa lagi jika pihak itu kroni yang amat berjasa samada kepada Mahathir atau Ramli.
Kerana jasanya, Datuk Mustapha Kamal tidak tenggelam dalam arus kegawatan ekonomi, sebaliknya terus aktif dengan projek pembangunan ala Ramli Macos dan Maha Firaun. Sepakatan Mahathir dan Ramli dalam pembahagian projek rumah kos rendah rakyat semacam memperlihatkan kerjasama yang erat.
Di negeri Perak, hanya EMKay yang layak untuk menerajui pembangunan eknomi negeri. Bagaimana jadinya nasib rakyat, Ramli Marcos tidak peduli. Justeru itu tidak hairan, Bandar Tasik Bukit Merah yang gagal meraih pembeli dan membawa pengundi ke daerah Kerian, diarahkan untuk membangunkan projek perumahan kos rendah di Lembah Kinta.
Bayaran pendahuluannya sebanyak RM4,000 itu mendatangkan bebanan kepadan penduduk miskin. Sebaliknya memiliki sebuah rumah dengan harga yang sama dalam sekim perumahan peswastaan (bukan tajaan Ramli Marcos), bayaran pendahuluan amat rendah dan proses adalah percuma. Sesiapa pun sebenarnya memilik kepakaran untuk membina rumah, bukan hanya EMKay Group Sdn. Bhd.
Kejayaan EMKay di negeri Perak semacam didorong lagi apabila dalam tahun 1997 Ramli Marcos menjemput kroni itu mencemarkan pula Hutan Simpan Paya Laut di Kuala Sepetang dengan alasan menarik pelancong untuk melihat senario keindahan kawasan paya laut yang terbesar dalam dunia itu.
Apa yang sebenarnya disedari dan diinsafi oleh Datuk Lim Kheng Yeik sebagai Menteri Perusahaan Utama dan Dato' Azhar Muda sebagai Pengarah Perhutanan Negeri Perak ialah wujudnya pendedahan baru kepada Ramli Marcos dan kroninya untuk mengaut khazanah di Kuala Sepetang, setelah lombong ditimba kekeringan dan balak ditebang hingga hutan menjadi terang.
Walau pun adalah benar kita tidak menolak kemajuan, namun peluang baru kepada kroni bererti kazanah anak negeri akan dirompak lagi. Jika sekarang ini penduduk Kuala Sepetang menjalani kehidupan yang makmur dan aman damai, tidak mustahil suatu hari nanti, untuk menjejakkan kaki ke perairan Selat Melaka itu memerlukan permit dan pembayaran yang mustahil!
Relakanlah penduduk hidup dalam aman dan damai.~MR