Sebatang Bakau Yang Membawa Erti

19 Ogos, 1999 - Harga pasaran sebatang bakau (minyak atau kurap) dipasaran hari ini ialah RM8 sebatang dengan ukuran panjang melebihi 18 kaki. Kepada para nelayan dan penduduk kampong sekitar Kuala Sepetang, Taiping, Perak, aktiviti hutan paya laut seperti mengutip kerang, anak benih bakau dan penglibatan mereka dalam kesinambungan hutan paya laut terbesar di dunia itu sudah semacam sebati kurun berkurun.

Mereka boleh menampung hidup bekeluarga dengan aktiviti harian sebegini dan mampu memiliki sebuah rumah dan kereta yang sederhana, selain beberapa buah bot untuk aktiviti mencari rezeki. Sekiranya ada pihak mahu mengubah suasana ini kepada yang baru dan asing, adakah anda bersetuju? Jika perubahan yang dibawa membawa keuntungan kita sewajarnya tidak menolaknya. Sebaliknya jika ia mendatangkan kemudaratan dan kesusahan, bagaimana?

Kepada penduduk Kuala Sepetang, sebatang bakau sehari membawa erti saraan hidup boleh dinikmati dari anugerah Ilahi. Jika semua aktiviti ini dihalang itu bererti mata pencarian dan rezeki sudah tertutup.~MR