19 Ogos, 1999 - Selain dari menubuhkan Bank China, Universiti China dan pengecualian visa ke atas rakyat China yang mahu melawat negara ini, suatu perkara yang mustahil tetapi akan dilakukan Mahathir ialah membawa masuk pendatang haram China, bagi mengimbangi kemerosotan sokongan kaum Melayu terhadap UMNO dan kerajaan BN.
Demikian antara pendapat penganalisa politik tempatan yang berpendapat bahawa Mahathir pasti melakukan sesuatu yang tidak pernah kita duga. Pada kebiasaannya 'pendatang haram' akan hanya kita kaitkan dengan bangsa Indonesia dan Bangladesh. Ini selalunya dapat dikesan. Sebaliknya membawa pendatang haram China ke negara ini lebih besar kesannya dan kejayaannya dengan syarat mereka mestilah mengundi Kerajaan BN.~MR