19 Ogos, 1999 - Maklumat diperolehi pada suatu masa dahulu Ramli Marcos pernah membatalkan projek pengairan Sungai Tumboh dan pengairan dalaman di kawasan Tanjung Tualang, Perak. Namun atas kepentingan pilihanraya, beliau dijangkakan akan membuat pengumuman untuk meneruskan projek yang pernah dikatakan tidak strategik itu.
Demi pilihanraya nampaknya akan berlaku apa sahaja. Minda Rakyat penduduk Tg. Tualang, Perak tidak akan menjadikan projek pemulihan sungai ini sebagai satu alihan sokongan kepada kerajaan yang zalim.~MR