Kakitangan Kerajaan Enggan Sertai Petugas Pilihanraya

20 Ogos, 1999 - Sebilangan besar daripada kakitangan Kerajaan negeri ini enggan melakukan tugas sebagai petugas SPR dalam pilihanraya umum negara akan datang. Rungutan yang kedengaran melalui beberapa maklumat yang terkumpul ialah bahawa SPR seringkali lewat membuat pembayaran kepada petugas yang dilantik.

Selain daripada itu, kakitangan kerajaan kini merupakan golongan terbesar yang menyertai gerakan kebangkitan rakyat setalah bertahun-tahun lamanya dalam perkhidmatan awam men jadi petugas sambilan SPR dan tidak dapat mengundi. Sumbangan kakitangan kerajaan dalam merealisasikan kejatuhan BN amat diperlukan dan bilangan yang menunjukkan komitmen adalah memberangsangkan.

Maklumat juga diperolehi bahawa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menggunakan pelbagai helah untuk memujuk kakitangan kerajaan supaya menjadi petugas SPR sebagai Kerani Undi atau Ketua Tempat Mengundi. Kakitangan kerajaan kini berazam untuk sama-sama menumbangkan BN yang kian tidak  relevan di kalangan rakyat Malaysia hari ini.~MINDA RAKYAT