20 Ogos, 1999 - Penerimaan rakyat terhadap parti-parti dari Barisan Alternatif adalah secara total, bukan sebagai satu paksaan demi 'menjaga hati' kawan dalam Barisan yang diwujudkan. Pengakuan ini diberikan oleh penduduk Lembah Kinta semasa sessi soal jawab dengan penceramah, di mana format baru dimulakan dengan 1 jam tempoh soaljawab antara rakyat dengan barisan pemimpin alternatif itu, sebelum jam 12 malam.
Saudara Zaharuddin Abdul Rahman menjadi pengerusi sesi soal jawab yang menyaksikan bagaimana BN ditolak dan BA diterima. Sebelum itu pada kira-kira pukul 8.45 malam, hampir seribu orang telah bersembahyang solat Isya' berjemaah dan solah hajat berjemaah di Taman Kinta, Ipoh oleh penduduk tempatan.
Selepas itu sesi ceramah politik telah dibentangkan oleh tiga orang barisan pemimpin terdiri dari Ustaz Ahmad Awang, Datuk Dr. Hassan Ali dan saudara Zaharuddin Abdul Rahman. Kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan rakyat di Taman Timah, Ipoh ,malam tadi.~MINDA RAKYAT