20 Ogos, 1999 - UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional mesti ditolak rakyat kerana Barisan itu kini tidak rasional lagi. Demikian kata saudara Zaharuddin Abdul Rahman, pelapis muda pemimpin Barisan Alternatif dalam sesi ceramah politik PAS di Taman Timah, Ipoh malam tadi.
Ini adalah kerana sepanjang mereka (BN) berkuasa selama 42 tahun kedudukan 'Islam' menjadi semakin terancam dan umatnya pula semakin pupus. Bukti ini dapat dilihat melalui statistik rasmi kerajaan di mana sebelum merdeka peratusan umat Islam di negara ini adalah sekitar 82 peratus berbanding dengan rakyat berbangsa lain dan menganut ugama lain.
Setelah lebih 40 tahun peratusa itu semakin mengecil sehingga 53 peratus sahaja, setelah dicampur bangsa asing yang juga berugama Islam. Pengecilan ini, menurut saudara Zaharuddin, ada kaitannya dengan isu murtad yang tidak langsung mendapat tempat di hati para pemimpin UMNO dan kerajaan BN. Mereka asyik sibuk dengan soal pembangunan yang tidak seimbang hingga akhirnya memberi ruang kepada 'orang tertentu' menarik segolongan bangsa Melayu berugama Islam untuk menyertai Kristian.
Jika BN diberikuasa memerintah lagi 5 tahun, ada kemungkinan bahawa peratusan itu akan jadi lebih rendah dan akhirnya umat Islam menjadi 'minoriti' dan tertindas sebagaimana Bosnia atau Kosovo.~MINDA RAKYAT