20 Ogos, 1999 - Jika di zaman Rasulullah dan para sahabat, golongan 'riddah' (yang murtad setelah beriman) diperangi dan dibunuh, sebaliknya di zaman alaf baru ini terutama di Malaysia, orang murtad secara sewenang-wenang tanpa dilakukan apa-apa pun.
Bagi pihak mahasiswa dan golongan pendidik di institusi pengajian tinggi awam, mereka telah mengambil inisiatif mencegah lebih banyak kejadian murtad. Malangnya delegasi mereka menemui Datuk Paduka Hamid Othman mendapat pengakuan yang sebaliknya.
Keadaaan ini lebih meyakinkan bahawa UMNO dan kerajaan BN lebih suka jika ramai kaum Melayu menjadi murtad, kerana hanya dengan cara ini mereka kan beroleh sokongan dan mahu terus berkuasa.~MINDA RAKYAT