20 Ogos, 1999 - Kegagalan Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Pegarah IKIM menjelaskan secara terperinci mengapa kenaikan kadar mas kahwin diperlukan sebagai menghormati martabat wanita dipersoalkan oleh umat Islam negara ini.
Justeru itu jelas kepada umat Islam bahawa mereka yang dilantik sebagai pemimpin badan Islam itu telah bertindak merosakkan Islam dan menghancurkan perlaksanaan Islam di muka bumi ini, serta mereka mengeluarkan fatwa yang sesat lagi menyesatkan.
Sudah pastilah kenyataan Datuk Ismail Ibrahim dibuat secara melulu, tanpa mengambilkira peraturan Islam, dilafazkan ikut sedap mulutnya dengan niat mengampu dan membodek undi kaum wanita.
Islam yang jelas memartabatkan wanita di tempat yang tinggi, menghargai kaum hawa itu disamping mengambilkira kemampuan kaum lelaki dalam soal mas kahwin. Allah berfirman bermaksud:
"Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan (persetujuan dua pihak). Kemudian jika mereka (para isteri) menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya" ...AnNisaa':4
Fatwa yang dikeluarkan oleh Datuk Ismail Ibrahim jelas bercanggah dengan Islam kerana beliau mahu menaikkan mas kahwin sehingga RM2,000 sebagai menghargai dan rasa penghormatan ke atas wanita.
Minda Rakyat melihat fatwa Datuk Ismail itu sebagai membodek undi golongan wanita, sambil beliau menjual 'ugama' dengan nilai yang murah untuk kepentingan politik UMNO dan kerajaan BN. Sebagai seorang yang mengaku Islam, Datuk Ismail perlu bertaubat dan menarikbalik kenyataannya dan menginsafi kelemahannya sebagai seorang yang jahil tentang agama.~MINDA RAKYAT