Mahathir Bertegas Hanya Pada DSAI

21 Ogos, 1999 - Dalam kenyataannya kepada media semalam, PM Mahathir begitu bertegas dengan mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan keadilan dengan tidak mengira siapa. Justeru itu maka bekas TPM Malaysia DSAI juga tidak akan terlepas dari kesalahan yang didakwa, walau pun ianya adalah rekaan Mahathir semata.

Minda Rakyat ingin bertanya kepada Maha Firaun itu, keadilan apa yang anda laksanakan jika Rahim 'Anjing' Noor itu masih bebas? Mengapa walau pun setelah Rahim Anjing Noor mengaku akan kesalahannya beliau masih bebas dan hanya akan dibicarakan pada 20 September nanti?

Dan seperkara lagi sudah tersiar ke merata dunia dokumen Jabatan Peguam Negara yang mengesahkan perbuatan rasuah Menteri Perdagangan dan Perindustrian Dato' Rafidah Aziz, tetapi masih menyimpan dan melindunginya? Keadilan apakah yang ingin dilaksanakan?

Mahathir tidak malu berbohong walaupun rakyat sudah menyedari perbuatannya berbohong. Begitulah keadilan yang tertegak dalam sistem demokrasi Malaysia!~MR