Ketahuilah Khurafat Baru

21 Ogos, 1999 - Dalam siri ceramah politik kepada rakyat Lembah Kinta, beberapa hari lalu, Dr. Hassan Ali menyangkal tuduhan PM Mahathir dan para barisan menteri kabinetnya yang mengatakan bahawa hanya UMNO dan kerajaan BN sahaja yang mampu memerintah negara ini.

Sambil menyifatkan kenyataan sebegitu sebagai 'khurafat', Dr. Hassan Ali menjelaskan mengapa Alternatif tidak mampu memerintah kerana di dalam Alternatif begitu ramai ahli UMNO sendiri, dalam PAS dan KeADILan. Penghijrahan ahli UMNO ke Alternatif  terutamanya begitu ketara apabila dipecat mereka sertai PAS. Terlalu ramai, tak perlu disebut dan tak perlu kepada faktor yang lain. Ini sudah cukup.

Justeru itu. kata Datuk Dr. Hassan Ali, kenyataan Mahathir mesti ditolak dan iannya disifatkan sebagai khurafat.~MR