21 Ogos, 1999 - Satu pertanyaan timbul di kalangan rakyat negara ini bahawa dalam suasana kegawatan ekonomi dan waktu berjimat cermat, Mahathir mengadakan kunjungan ke beberapa buah negara yang nyata berbau 'kominis' dan musuh utama Islam.
Walau pun persahabatan tidak dilarang, mengapa perlu membazirkan wang rakyat berbulan madu setelah penat 'road show' ke seluruh negara dan rakyat datang dan pergi semasa ceramah beliau. Kepada Mahathir, rakyat mesti laksanakan perintah 'berjimat cermat' dan melancong ke dalam negeri dan membeli barang buatan negara. Beliau sendiri sudah lupa bahawa kepimpinan melalui teladan yang dianjurkannya sudah hancur di mata rakyat Malaysia.~MR