21 Ogos, 1999 - Dalam taklimat yang dibuat oleh SPR kepada para petugas pilihanraya di beberapa tempat utara negeri Perak, maklumat mendapati bagaimana satu slot ceramah yang diberi ialah bagaimana menghadapi rusuhan.
Perbuatan SPR menggembar gemburkan 'rusuhan' yang didakwa memperlihatkan bagaimana badan itu seolah-olah sudah mengetahui satu perancangan yang sudah diatur. Secara tidak langsung SPR sudah membocorkan maklumat bahawa tragedi 'rusuhan' memang benar akan berlaku. Selain dari itu secara tidak langsung apa yang berlaku ekoran perbuatan SPR menakut-nakutkan rakyat ialah bagaimana perbuatan SPR sama macam UMNO lakukan. Semacam SPR itu adalah pegawai UMNO yang berceramah.
Maklumat yang diterima juga mengatakan bahawa dalam siri penerangan SPR dalam daerah Kerian, Perak, sambutan oleh kakitangan Kerajaan begitu kurang sekali. Akibatnya SPR terpaksa melantik kakitangan swasta serta petugas baru yang tidak berpengalaman untuk menjalankan tugas semasa pilihanraya berlangsong.
Memang benarlah kata PM Mahathir bahawa pilihanraya kali ini akan menyaksikan 'piliharaya terkotor' dalam sejarah politik negara ini. Rakyat harus menerima cabaran Dr. Maha Firaun itu.~MR