UMNO Sudah Memulakan Pilihanraya Terkotor!
21 Ogos, 1999 – Tindakan Kerajaan untuk menurunkan bendera parti yang didakwa tidak mempunyai permit perlu ditangani secara halus. Tindakan itu mungkin akan membawa kesan yang tidak baik kepada kemakmuran suasana politik yang sedia ada, walau pun telah dicemari beberapa insiden oleh komando UMNO.
Terbukti setakat ini di pihak kerajaanlah yang mencetuskan suasana ‘huru hara’ kerana mereka yang mengalami krisis sokongan. Kepada parti alternatif perlu ada suatu penyelesaian yang boleh membantu mereka meneruskan kerja-kerja politik di negara yang ‘kununnya’ mengamalkan demokrasi.
Justeru itu, Minda Rakyat ingin membuat syor supaya kita naikkan bendera parti di kereta masing-masing dan dirumah masing-masing. Tindakan ini tidak memerlukan permit dan kita boleh menjimatkan kos kerana harga satu sticker pelekat kereta di antara RM1 hingga RM3 sahaja, dan ia boleh bertahan lebih lama terutama sticker yang ditampal dari dalam kenderaan.
Marilah kita mulakan dengan kenderaan kita hari ini. Buktikan sokongan kita kerana perjuangan kita adalah jelas, dan pendirian kita juga mestilah jelas!~MR