Edisi Khas: Perutusan Dari Ankara

Kejadian gempa bumi yang menimpa Turki, bekas sebuah negara Islam beberapa hari lalu bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. Malahan kejadian yang lebih dahsyat boleh berlaku dengan kehendak Allah sebagai peringatan kepada seluruh manusia di dunia, supaya jangan mencabar Tuhan dan menderhaka kepada Allah, melalui penafian hukum hakamnya serta peraturan-peraturannya.

Biar pun terdapat di kalangan manusia menafikan kejadian gempa bumi itu dan kaitannya dengan negara sekular ciptaan Mustapa Kamal 'Terkutuk' (Attaturk), namun hakikatnya kita tidak dapat tidak, kita tertakluk kepada kehendak Allah yang tiada terbatas dan Maha Luas lagi Bijaksana.

Kejadian gempa bumi di negara Turki, mengorbankan puluh ribuan manusia, berdosa dan tidak berdosa. Peringatan Allah melalui amaran sedemikian tidak memilih bulu dan kroni. Lantaran keangkuhan manusia bernama Mustapha Kamal Terkutuk yang memperkenalkan fahaman sekularisme, hingga menafikan peraturan-peraturan Allah, sebaliknya menghidangkan pelbagai sogokan pembangunan moden 'kununnya' untuk menjadikan Turki sebagai sebuah negara moden di abad ke 20. Allah telah memberikan amaran kepada para pemimpin di negara Islam (khalifah Islam) dalam firmannya bermaksud:

"Lalu orang-orang yang zalim (itu) menggantikan perintah (peraturan) dengan (melaksanakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan ke atas orang-orang zalim itu siksaan dari langit, kerana mereka berbuat fasik" Al-Baqorah:59

Pakar dari negara Amerika Syarikat meramalkan bahawa akan berlaku satu lagi gempa bumi yang besar di negara yang malang itu. Ekoran itu berjuta-juta rakyat Turki lari meninggalkan harta benda dan segala macam pembangunan moden yang dicipta tanpa rasa keujuban dan ketaqwaan kepada Allah. Larilah mereka untuk menyelamatkan nyawa, tetapi kemanakah hendak larinya mereka itu dari siksaan Allah kerana kehendak Allah itu tidak akan dapat ditahan dengan apa jua cara sekalipun.

Kemurkaan Allah amat takut sekali untuk dihadapi oleh sekelian manusia beriman. Sebaliknya kepada manusia yang masih angkuh, masih terus mengatakan kejadian gempa bumi itu tidak ada kaitannya dengan dasar sekular yang dilaksanakan di Turki. Selama Kira-kira 50 tahun Allah pendamkan kemurkaannya setelah Mustapha Kamal Terkutuk itu menukarkan ayat-ayat Allah dengan peraturannya sendiri dalam satu versi yang didakwa 'moden dan maju'.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang mengikuti mereka bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaga atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan atas sesuatu kaum, maka tiada yang akan dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia" Ar-Raad:11

Kepada umat Islam negara Turki, peristiwa yang berlaku terhadap pemimpin moden dan maju sanjungan sesetengah pihak mereka dalam tahun 1938 itu kembali menerpa. Pada waktu itu kematian yang tragis sebagaimana di alami oleh Bapa Turki Moden, bermula dengan keangkuhannya menolah hukum hudud dari dilaksanakan. Sebaliknya ulama dikeji dan dihina serta dibunuh mengikut nafsunya. Hukum Allah dipersendakan dan dipersundalkan. Para wanita digalakkan memakai pakaian seksi dan larangan bertudung dikuatkuasakan. Gerakan Islam dan parti Islam menerima nasib yang sama.

Malahan untuk mengekalkan kuasa Mustapha Kamal Terkutuk telah membunuh beberapa orang menteri yang dianggap boleh mencabar kediktatorannya. Hingga beliau amat berkuasa sekali dan akhirnya beliau angkuh kepada Allah. Bagaimana pun Allah menurunkan balanya ke atas Mustapha Kamal Terkutuk itu dengan menurunkan satu jenis penyakit gatal-gatal, hingga ke seluruh tubuh badannya. Darahnya menjadi panas seperti air yang mendidih, perutnya membesar dan dipenuhi air serta kemaluan dan buah zakarnya membengkak dan membesar.

Penyakit dan bala yang diterima oleh Mustapha Kamal Terkutuk tidak dapat ditanggung oleh dirinya sendiri dan beliau dikomakan Allah selama beberapa jam dan disedarkan semula untuk memberikan peluang kepadanya bertaubat dan insaf. Namun jika iman sudah tiada beliau cuba melawan kesakitannya dan hingga beliau mengalami 'histeria' dan terpekik terlolong seperti orang gila.

Oleh kerana mahu menutup malu dari pengetahuan rakyat sekelian maka Bapa Turki Moden itu dibawa kekapalnya di tengah lautan untuk menyembunyikan rasa malu yang amat sangat. Akhirnya kehendak Allah berlaku dan kembalilah Mustapha Kamal Terkutuk itu ke asalnya. Maka sungguh pun beliau pemimpin yang agung ketika itu, tetapi kematiannya dalam keadaan seorang diri. Tiada siapa pun yang ingin melihat atau menziarahinya, apalagi para guru ugama dan ulama yang sudah dihina dan diperlekehkannya.

Maka menunggulah Mustapha Kamal Terkutuk beberapa hari hingga akhirnya barulah seorang dari para ulama itu bersetuju untuk mengkafan dan mengkebumikannya, tanpa menyembahyangkan kerana tiada siapa mahu melaksanakan perkara itu.

Dan apabila hendak dikebumikan, maka tanah menolaknya yakni dimuntahkan kembali oleh tanah lantaran tidak mahu menerima manusia 'moden' itu yang telah menghina Allah dan Rasulnya, serta ulamanya. Beberapa kali dicuba tetapi masih gagal dan akhirnya beliau telah dibekukan serta dipamirkan dalam sebuah muzium di negara Turki itu.

Lima belas tahun kemudian, terdapat segolongan manusia yang cuba mengkebumikan kembali mayat Mustapha Kamal Terkutuk itu, namun mereka masih gagal kerana bumi masih menolaknya. Akhirnya mayat Mustapha Kamal Terkutuk di bawa ke sebuah bukit dan diletakkan di situ dengan ditindih batu mar-mar seberat 44 tan untuk mengelakkan mayatnya dimuntahkan oleh bumi. Ini catatan sejarah Mustapha Kamal Terkutuk yang adalah cerita benar dalam sejarah permodenan sebuah negara Islam pada abad ke 20 ini. Peristiwa ini sewajarnya menjadi peringatan kepada manusia bahawa jangan memperlekehkan ulama dan hukum hudud.

Demikianlah secebis peristiwa benar dan anda boleh mendapatkan kisah ini dari mana-mana toko buku di negara ini. Apakah sejarah tidak akan berulang jika saat ini kita masih mengulangi apa yang menjadi amalan Mustapha Kamal Terkutuk iaitu mengamalkan dasar sekularisme dalam semua bidang dan amalan kehidupan? Dan apakah Allah akan mengecualikan kita daripada siksaan dan bala yang akan ditimpakan itu, sebagaimana nasib yang tidak pernah difikirkan oleh rakyat Turki ketika ini?

Sesungguhnya janji Allah itu benar. Jika kita masih angkuh dan mahu mendabik dada maka kita tidak akan terkecuali menerima nasib yang sama, sebagaimana yang ditimpakan ke atas rakyat Turki ketika ini. Saya tidak bermaksud mendoakan segalanya ini untuk kita lalui. Tetapi persoalannya, siapakah kita untuk menahan kemurkaan Allah akibat tidak menunaikan segala kehendakNya? Kepada siapakah wajar kita mohon perlindungan dari segala macam bencana ini. Mampukah manusia mencipta peralatan moden yang canggih dan sofitikated untuk menahan bala Allah?

Wahai saudaraku sekelian, marilah kita menginsafi akan kelemahan diri kita sendiri. Marilah kita menanam azam dan semangat untuk melaksanakan titah perintah Allah sebagaimana termaktub dalam Al-Quran dengan tidak memberikan satu alasan pun bahwa Islam tidak boleh dilaksanakan. Ingatlah bahawa janji Allah itu benar! Azab Allah itu benar! Pertolongan Allah itu benar! Neraka Allah adalah benar, juga syurga Allah amat benar! Justeru itu kita memperkuatkan iltizam untuk melaksanakan kehendak Allah dengan memulakan perlaksaan itu ke atas diri kita sendiri dan dalam masa yang sama memulakannya ke atas negara kita.

Kita tidak akan dapat melarikan diri dari janji-janji Allah. Akan binasalah kita seandainya kita masih mahu bersekongkol dengan manusia zalim yang Allah serlahkan sifat mereka dalam Al-Quran. Jadikan perutusan Allah ke  atas Ankara sebagai satu titik tolak untuk kita melasanakan hukum Allah. Kepada mereka yang menahan dan menghalang perlaksanaan ini hendaklah kita tangani sebagaimana yang telah Allah anjurkan dalam kitabnya. Marilah kita berjihad mengikut kemampuan diri dan berjemaah. Kemudian kita serahkan diri kita kepada Allah supaya kesejahteraan rakyat dan negara ini dilindungi dari malapetaka seburuk yang telah terjadi dalam sejarah manusia.

TAKBIR!!!

Polong Cyber