22 Ogos, 1999 - Dr. Chandra Muzaffar menjelaskan bahawa semenjak 1981 lagi, Mahathir telah beberapa kali mem'bankerap'kan Malaysia melalui pengenalan projek-projek yang mendatangkan kerugian berbilion-bilion dan juga membuktikan kelemahan beliau menguruskan ekonomi negara ini.
Sikap kediktatoran Mahathir, membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa beliau menutup segala kelemahan dan kerugian itu serta telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Sekurang-kurangnya 15 projek yang mendatangkan kerugian kepada negara seperti Projek Bakun, Perwaja Steel, skandal BMF, penyelewengan saham BBMB dan lain-lain, hingga akhirnya bank itu jatuh bankerap, dan menghadapi masalah ekonomi yang meruncing.
Namun atas sifat keangkuhannya Mahathir bukan sahaja tidak mahu mengakui kelemahan dirinya, disebalik itu menyalahkan orang lain, negara asing dan rakyat di negara ini sendiri. Dirinya cukup 'bersih' untuk dikaitkan atas segala kelemahan ini.
Dr. Chandra Muzaffar berkata demikian pada sesi ceramah politik di Taman Mas, Chemor, Perak beberapa hari lalu.~Minda Rakyat