22 Ogos, 199 - Walau pun polis menafikan bersikap pilih kasih terhadap
laporan yang dibuat oleh pemimpin BA dan rakyat, termasuk oleh DSAI, namun
itulah hakikatnya yang terjadi. Perkara ini dinafikan oleh Timbalan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Azmi di Tanah Merah, Kelantan semalam.
Jika pihak yang membuat laporan itu dari parti kerajaan (UMNO) ia disifatkan 'segera'
dan atas unsur-unsur yang boleh menjejaskan keselamatan dalam negara. Ini
terbukti bahawa laporan yang dibuat oleh pemuda UMNO 15 Ogos lalu berhubung
dengan dakwaan dokumen rasmi kerajaan yang disimpan di luar negara diambil
tindakan serta merta, manakala laporan oleh saudara Mohamad Ezam Mohamad Noor
semenjak 8 Mei, 1999 berhubung dengan kes rasuah yang melibatkan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz masih beku.
Selain dari itu laporan Susuhanjaya Siasatan Di Raja berhubung dengan kecederaan yang dialami oleh DSAI juga menerima tindakbalas 'lembap' pihak polis dan mahkamah negara ini lantaran keputusan mahkamah hanya mahu membicarakan Rahim 'Anjing' Noor pada 20 September, 1999 yang kemudian dipercayai akan ditangguhkan, sekiranya pilihanraya gagal diadakan dalam bulan September nanti.
Jika terdapat pihak yang mahu menafikan kelewatan siasatan sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin BA, maka sila renungkan kedua-dua kes di atas serta beberapa kes yang lain seperti trajedi Memali yang memakan masa berbelas tahun tetapi belum ada penyelesaiannya. Di pihak pembangkang seringkali di anaktirikan dan adalah tidak wajar polis dan sistem kehakiman negara ini bersifat sedemikian. ~MINDA RAKYAT