22 Ogos, 1999 - Komitmen yang ditunjukkan oleh masyarakat kota terhadap perjuangan reformasi dan parti Alternatif tidak meragukan kalangan pemimpin Barisan Alternatif. Kata-kata dan keyakinan ini pernah diucapkan oleh ramai kalangan pemimpin BA semasa menyampaikan ceramah politik mereka di segenap ceruk rantau negeri ini.
Dalam perjumpaan dengan rakyat di Sg. Siput, Perak beberapa minggu lalu, saudara Ruslan Kassim juga telah melahirkan keyakinannya terhadap komitmen masyarakat kota dengan gerakan reformasi. Hanya kebimbangan yang masih menular ialah kesediaan masyarakat desa yang dianggap masih boleh 'dibeli' oleh wang ringgit dan pujukan yang memperdayakan mereka.
Komitmen masyarakat kota ini terbukti untuk kesekian kalinya apabila penyokong parti alternatif melaung-laungkan "reformasi" semasa menghadiri ceramah UMNO Bahagian Lembah Pantai yang gagal menerima kunjungan masyarakat kota dan didakwa telah digagalkan oleh kumpulan reformasi tersebut. ~MINDA RAKYAT