Tafsiran Ibadat Ala Mid Man

22 Ogos, 1999 - Penerangan konsep ibadat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Hamid Othman nampaknya seperti benar walau pun telah mengecualikan perlaksanaan undang-undang Islam dan hukum hudud sebagai keperluan perlaksanaan ibadat menurut tuntutan Islam.

Hamid Othman menjelaskan bahawa pemahaman erti ibadat mesti dihayati oleh masyarakat Islam di Malaysia supaya pemikiran Islam dari segi keperluan semasa tidak disalah anggap kerana ada di kalangan masyarakat Islam negara ini yang menganggap tuntutan fardu ain itu sembahyang dan puasa sahaja.

Kerja-kerja yang dituntut oleh fardu kifayah seperti ekonomi, sains dan usaha basmi kemiskinan untuk keperluan masyarakat juga merupakan ibadat, kata tanpa memperjelaskan bahawa perlaksanaan undang-undang dan peraturan Allah juga sebahagian dari tuntutan ibadat dalam memelihara kesejahteraan dan keamanan serta mengekalkan minda yang lebih terbuka.

Beliau berkata demikian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam. ~MINDA RAKYAT