22 Ogos, 1999 - Golongan terpelajar dan cerdik pandai negara ini, khususnya
mahasiswa/i dinasihatkan supaya jangan mudah termakan hasutan dan perdayaan si
pondan dan dayus Pengampu Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein,
yang merayu golongan pelajar dan belia agar memberi peluang kepada pergerakan
pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional mendengar pendapat mereka.
Penubuhan Sekretariat Perhubungan Mahasiswa yang akan bertindak sebagai pusat
mengumpul maklumat mengenai sebarang masalah berhubung golongan pelajar akan
menjadi alat memperdayakan golongan itu.
Seruan si pondan itu bukan sahaja dilihat sebagai gimik politik, malahan
memperlihatkan kelemahan UMNO menangani kehendak para cerdik pandai dan golongan
terpelajar yang memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971 yang nyata menyekat pembangunan minda pelajar dan bercanggah dengan fasal
10 Perlembagaan Persekutuan.
Golongan terpelajar perlu mempertahan kan pendirian mereka supaya memelihara
imej dan kepercayaan yang diberikan oleh majoriti rakyat negara ini terhadap
mereka sebagai warisan pemuda yang bakal menjadi pemimpin negara masa hadapan.
Negara memerlukan insan kamil yang berwawasan tinggi dan jujur dalam tindak
tanduknya, bukan yang bersifat dayus, penakut, berpuluh-puluh kali mencabar
debat, tapi untuk menyahut sekali pun beliau takut menghadapi kenyataan. ~MINDA
RAKYAT