22 Ogos, 1999 - UMNO akan menjadi 'juara' pengadu domba, kerana telah berjaya membuat laporan polis sebanyak 16 kali termasuk berhubung kenyataan timbalan presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar, yang disiarkan akhbar oleh Harakah 2 Ogos lepas.
Jawatankuasa Menangani Fitnah UMNO nampaknya mahu keluar sebagai hero dan menjadi pembela kepada kebanyakan badan kerajaan yang menjadi mangsa kritikan kerana berlaku zalim atau bersekongkol dengan kezaliman.
Ini membuktikan bahawa UMNO jelas melanggar Perlembangaan Persekutuan fasal 10 yang mengakui hak-hak bersuara dan mengemukakan pendapat kepada setiap warga negara Malaysia. Minda Rakyat mengalu-alukan jika ada pihak mahu membuat dakwaan ke atas Jawatan kuasa Menangani Fitnah UMNO yang di ketuai oleh Ibrahim Ali Al-Kataki kerana pelenggaran ke atas Perlembagaan Persekutuan itu.~MINDA RAKYAT