23 Ogos, 1999 - Minda Rakyat menerima reaksi positif dari kelompok sasaran yang merupakan wakil kepada masyarakat desa berhubung dengan pendirian mereka terhadap Barisan Alternatif. Jazakallah kepada 'Anak Wawasan Felda' yang menyatakan pendirian masyarakat Felda Lawin Utara, Felda Lawin Selatan dan Felda Papulut yang terletak dalam daerah Hulu Perak.
Syabas kepada anak desa yang sudah mengikuti secara perlahan-lahan perkembangan IT yang memberikan keseimbangan maklumat kepada rakyat negara ini, setelah TV1, TV2, TV3 dan NTV7 dibolot ke semuanya oleh kerajaan BN yang memerintah bagi meluaskan propaganda dan idealisme mereka, sehingga menutup kebenaran dan hakikat sebenarnya.
Maklumat dari peringkat 'grass root' sangat diperlukan untuk tatapan para netters keseluruhannya bagi menyediakan informasi terkini sesuai dengan matlamat penubuhan laman web ini. ~MINDA RAKYAT