Masyarakat Felda Hulu Perak Tolak UMNO

23 Ogos, 1999 - Majlis ceramah politik yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Kendayat berlangsung pada 19 Ogos, lalu menyaksikan pendirian masyarakat Felda Lawin Utara, Felda Lawin Selatan dan Felda Papulut yang menolak UMNO dan idealismenya.

Kejadian yang sungguh menyayat hati barisan pemimpin parti yang sudah tidak relevan itu bermula dengan melesetnya jumlah kehadiran ke majlis tersebut. Kehadiran yang dijangkakan seramai kira-kira 5,000 orang itu, malangnya dihadiri oleh kira-kira 300 orang sahaja dan sebahagiannya adalah barisan pemuda alternatif yang mahu mendengar pembohongan wakil penceramah UMNO malam itu.

Penceramah tempatan terdiri dari Ruslan Latiff yang merupakan tokoh politik tempatan menerima 'boo' dari barisan pemuda yang hadir dengan perkataan 'biawak salin kulit'. Sebelum bergiat dalam UMNO, Ruslan adalah ahli S46 dan menjadi pengikut setia Ku Li. Pembohong demi pembohongan oleh penceramah berkenaan disambut ketawa oleh para hadirin.

Penceramah undangan UMNO di majlis tersebut ialah Datuk Jins Shamsuddin ahli seniman terkenal. Beliau antara lain mengatakan DSAI adalah jin kafir dan dirinya adalah jin Islam. Maklumat mengatakan akhirnya para pemuda alternatif meninggalkan ceramah itu untuk mengizinkan Datuk Jin berucap terkulat-kulat kepada beberapa puluh insan yang masih setia.

Majlis ceramah politik ini telah berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Kendayat, dalam daerah Hulu Perak. Sesungguhnya penyataan pendirian masyarakat Felda yang berkenaan amat meyakinkan bahawa masyarakat desa bukan semuanya boleh dibeli dengan wang ringgit dan harta dunia! ~MINDA RAKYAT