23 Ogos, 1999 - Minda Rakyat berharap parti-parti Alternatif segera melancarkan gerakan 'BERSATU MENENTANG KEZALIMAN DI ALAF BARU' sesuai dengan tema hari kebangsaan negara kita, Bersatu Ke Alaf Baru. Seruan ini adalah untuk memperkukuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menentang kezaliman Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak relevan memerintah terutama di alaf baru.
Seruan ini dibuat lahir dari permintaan ramai barisan pemuda alternatif yang kian ghairah dalam jihad mereka dan berusaha memastikan kemenangan BA dalam pilihanraya umum negara akan datang. Mereka berharap seruan ini diwar-warkan supaya cita-cita politik itu kian disemarakkan agar menjadi kenyataan sedikit masa lagi. ~MINDA RAKYAT