23 Ogos, 1999 - Parti DAP selaku anggota Barisan Alternatif sedang bersiap sedia bagi menyambut pembebasan, Ahli Parlimen Kota Melaka, saudara Lim Guan Eng yang selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang dirogol oleh Rahim Tamby Cik.
Kes Lim Guan Eng telah menyebabkan DAP begitu rapat dengan anggota BA yang lain disebabkan mereka (BA) mendokong satu wadah perjuangan untuk menegakkan keadilan. 25 Ogos ini merupakan tarikh keramat bagi seorang wira yang berjaya mengakhiri satu episod perjuangan menegakkan keadilan.
Minda Rakyat mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada anda sebagai seorang pejuang keadilan yang tulen kerana telah menghadapi cabaran bersama-sama.~MINDA RAKYAT