Ramli Marcos Sudah Tidak Relevan

24 Ogos, 1999 - Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Tan Seri Ramli Marcos adalah antara barisan kabinet Maha Firaun yang disebut-sebut akan tersingkir dalam pemilihan calon bagi ADUN atau AP bagi BN menghadapi pilihanraya umum negara akan datang.

Tiga kali surat Maha Firaun itu kepada beliau meminta supaya beliau meletakkan jawatannya kerana beliau sudah cukup kaya dengan harta rompakan anak negeri, tetapi beliau mencari helah supaya ketiga-tiga kalinya beliau dapat memberikan alasan. Sokongan bekas TPM DSAI adalah satu-satunya faktor yang kukuh mengapa beliau terus dapat bertahan di kerusi MB (sekaligus menjadi 'Pengerusi Eksekutif PKNP' Perampas Kekayaan Negeri Perak).

Malahan Ramli Marcos cuba menyingkapkan keinginannya untuk menjadi Menteri Persekutuan, dan Maha Firaun pula mengatakan 'boleh' dengan syarat tentukan sendiri di manakah parlimen beliau akan bertanding. Ramli Marcos pun cuba mencari-cari kawasan parlimen dengan hasrat memenuhi hajatnya, tanpa beliau sendiri menyedari bahawa kesemua kerusi parlimen yang bakal bertanding nanti akan ditentukan oleh telunjuk Maha Firaun.

Dan tidaklah sebodoh Ramli Marcos seperti burung kakak tua yang lain, Maha Firaun cukup menyedari bahawa bahawa Ramli Marcos sudah cukup kaya dan telah mengaut kekayaan itu lebih dari apa yang diperolehi oleh lain-lain MB di negara ini, hatta menyaingi dirinya sendiri. Dari tanah lombong, tanah dan balak di mana negeri Perak antara yang terulung di negara ini dan jika diukur dari keuasan tanahnya yang melebihi 2 juta hektar itu, memanglah benar apa yang disangkakan oleh Maha Firaun terhadap Ramli Marcos.

Dari permohonan tanah seluas 5 ekar hingga sebesar-sebesarnya yang mungkin diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak semuanya di bawah telunjuk Ramli Marcos, hinggakan dalam bab ini pun Maha Firaun kena rujuk kepada beliau. Begitu pula keluasan balak, KSK (Kawasan Sudah Kerja) yang hasilnya entah berapa ratus ribu sahaja dalam keluasan 70 hektar (200 ekar) namun itu masih Ramli Marcos mahukan diajukan untuk kelulusan beliau. Bagi kawasan Hutan Dara memang sudah maklum tak perlu dibahaskan lagi.

Justeru itu Ramli yang suatu masa pernah dikatakan anak orang Asli negeri ini (saya masih mencari asa- usulnya sebenar) setaraf dengan bekas Presiden Filipina yang mati dalam buang iaitu 'Presiden Marcos'. Mengenangkan jasa Ramli yang berjaya mengaut khazanah negeri dan juga mengaut wang UMNO ke dalam koceknya dari Dana Politik UMNO Perak, maka Minda Rakyat sudah lama menganggap beliau Presiden Marcos II atau lebih dikenali Ramli Marcos.

Kejayaan Ramli Marcos merompak khazanah negeri Perak akan terbukti sekiranya Kerajaan Alternatif berkuasa dan Minda Rakyat tahu seorang daripada 'proxy' beliau, bekas seorang guru yang kita sama-sama akan siasat dan siksa di bawah ISA. Justeru itu sekiranya rakyat ingin melihat pendedahan ini, sila undi Kerajaan Alteratif dan insyaAllah dengan kuasa yang ada kita dedahkan penyelewengan Ramli Marcos, yang sudah tentunya terkandung dalam sebahagian dari dokumen yang dimaksudkan oleh saudara Mohamad Ezam Mohamad Nor yang kini tersimpan kemas di luar negara.~MR