Majlis Anjuran Ramli Marcos Sudah Keciciran

24 Ogos, 1999 - Bukan sahaja kegawatan politik merupakan musibah yang melanda Ramli Marcos, namun selebihnya kegawatan tetamu dalam majlis-majlis anjuran Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (yang berada di bawah telunjuk Ramli Marcos) itu juga semakin menjadi-jadi.

Akibatnya hampir kesemua majlis rasmi berjalan dalam keadaan hambar, melainkan yang melibatkan kedatangan orang kampong yang tak berapa tahu kedudukan sebenar. Sungguh memilukan keadaan apabila majlis rasmi yang dirancang, setiap kali itu kerajaan negeri terpaksa mengangkut orang kampong untuk memenuhi majlis, yang suatu masa dahulu dipenuhi oleh kakitangan kerajaan.

Inilah yang dikatakan 'mahkamah rakyat' kerana awal-awal rakyat sudah menghukum pemimpin mereka yang zalim sepertimana Ramli Marcos. Justeru itu majlis rasmi menerima agenda baru iaitu mengangkut orang kampong. Kepada Ramli Marcos, Minda Rakyat ingin menyatakan hasrat rakyat negeri ini yang cintakan kedamaian, kembalikan harta rampasan negeri ini dengan apa cara sekalipun supaya kamu beroleh selamat dunia akhirat dan bertaubatlah!!~MR