Hati-hati Pemimpin Alternatif

24 Ogos, 1999 - Minda Rakyat sudah mengingatkan kepada barisan kepemimpinan Parti Alternatif supaya lebihkan berhati-hati saat ini, kerana berkemungkinan akan menerima pelbagai tekanan, termasuk ancaman dan ugutan serta penglibatan diri mereka dalam perkara yang tidak dijangkakan.

Kejadian kemalangan kenderaan setakat ini yang melibatkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Hj. Mahfuz Omar dan yang terbaru saudara Ruslan Kassim, berkemungkinan sudah dirancang oleh pihak tertentu, yang tidak senang dengan perkembangan BA yang kini menerima sambutan hangat rakyat walau di mana sahaja mereka memberikan penerangannya.

Minda Rakyat mengulangi peringatan ini, terutamanya kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan tokoh ulama Datuk Harun Din supaya lebih berhati-hati, memandangkan kedua mereka merupakan sasaran utama pihak tersebut.

Kepada para pejuang keadilan dan kebenaran negara ini, marilah kita panjatkan kesyukuran dan doa agar pemimpin kita dilindungi Allah sentiasa hendaknya.~MR