Ruslan Nafikan Surat 'Proxy' Atas Nama DSAI

24 Ogos, 1999 - Saudara Ruslan Kassim menafikan tindakan pihak tertentu yang mengeluarkan surat bahawa DSAI adalah salah seorang 'proxy' bagi dana politik parti itu. Beliau merujuk kepada UMNO yang mahu menjatuhkan nama baik DSAI, melibatkan sekeping surat yang mendakwa bahawa DSAI adalah sebagai 'proxy' selepas Dr. Mahathir.

Kata saudara Ruslan, beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah bahawa tarikh surat berkenaan ialah pada tahun 1990 dan ketika itu DSAI adalah Naib Presiden dan bukannya Timbalan Presiden UMNO. Dan DSAI sendiri tidak menerima surat tersebut yang 'kununnya' di salinkan kepada beliau.~MR