23 Ogos, 1999 - Semasa memberikan ceramahnya di Bandar Baru Putra, di Ipoh malam tadi, Ketua Pemuda KeADILan Perak, saudara Hanafiah Man mengulangi kenyataannya bahawa beliau mendengar sendiri pertengkaran di antara saudara Azmin Ali dan Megat Junid semasa berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO dalam tahun 1998, di sebuah hotel.
Dalam pertengkaran itu Megat Junid menafikan beliau tahu dan terlibat mengenai tuduhan yang melibatkan Shamsidar Taharin (isteri Azmin) membuat hubungan sulit dengan DSAI dan anak kandungnya adalah hasil hubungan sulit tersebut. Megat Junid membuat penafiannya secara peribadi kepada Azmin setelah didesak oleh Azmin sendiri.
Hanafiah Man adalah antara pejuangan keadilan negeri ini yang banyak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO untuk pengetahuan rakyat negara ini.~MR