REGIM DIKTATOR MAHATHIR KELUNTURAN MORAL POLITIK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"MALAYAN UNION" adalah konsep keramat, seakan-akan punya hikmah tersendiri. Kerananya, orang-orang Melayu bangkit menentang penjajahan British dalam tahun 1946. Dataran Merdeka menyaksikan demonstrasi besar. Tapi pada 20 September 1998, ia di ketuai oleh anak-cucu rakyat pejuangan anti Malayan Union pula.
Walaupun sebelum Malayan Union orang Melayu telah lama berpolitik dan berparti, tetapi mereka berpecah-pecah dan masing-masing parti mempunyai ideologi sendiri. Ini menyebabkan orang Melayu mudah diperkutak-katikkan oleh kerajaan penjajah, sehingga mereka berani menghasut dan memujuk raja-raja Melayu supaya menandatangani peristiharan "Malayan Union".
Perjuangan Kemerdekaan
Saya, sebagai sorang muda belasan tahun waktu itu; pada peringkat awalnya, sejarah UMNO memang berkait rapat dengan penentangan konsep "Malayan Union". Keadaan membawa kepada desakan rakyat menuntut Kemerdekaan. Kesedaran itulah yang menyebabkan kerajaan British tidak ada pilihan selain dari mengalah. Akhirnya, dengan kegigihan dan kebijaksanaan pejuang-pejuang ulung Kemerdekaan, maka hari ini rakyat negara ini berjaya dilindungi oleh sebuah Perlembagaan Negara yang unggul dengan konsep pentadbiran demokrasi "Raja Berparlimen".
Rakyat pula diberi hak memilih Kerajaan melalu Pilihanraya bebas setiap lima tahun. Itu adalah gambaran sekali lalu. Perlembagaan Malaysia pula mengalami banyak pindaan sejak ia mula digubal. 'Penyesuaian' adalah suatu perkara yang lazim dan dilakukan mengikut keperluan yang wajar. Itu perkara biasa.
Perlembagaan mendaulatkan Yang di Pertuan Agung dengan kuasa-kuasa khusus. Sebarang undang-undang akan diperakukan setelah mendapat persetujuan Yang di Pertuan Agung. Ugama Islam menjadi ugama resmi, dan orang Melayu merasa terlindung dan diberi keistimewaan/Peruntukan yang diperakukan oleh Perlembagaan. Perdana Menteri adalah sebagai 'eksekutif tertinggi' dan bidang kuasanya tidak melampaui kuasa-kuasa khusus Yang di Pertuan Agung.
Ini jelas. Konsep "Check and Balance" melalui Pembangkang adalah perlu supaya negara ini akan terus memberi hak kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat. Perlembagaan mengiktiraf peranan Pembangkang di Parlimen. Itulah rengkasnya. Pindaan Yang Membawa Padah Sepuluh tahun dulu Perlembagaan Negara menerima satu perubahan yang drastik. 'Kekebalan Raja-raja" telah dipersoalkan dan kuasa-kuasa Khusus Yang di Pertuan Agung tiba-tiba telah menjadi isu besar menggegarkan negara dan rakyat. Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan yang menguasai lebih dari 2/3 majoriti di Parlimen telah menggunakan pengaruh dan kuasa UMNO (sebagai parti terkuat dalam Barisan Nasional) untuk mendesak Yang di Pertuan Agung hingga melemahkan kuasa-kuasa Perlembagaan Yang di Pertuan Agung.
Penyokong-penyokong UMNO (orang Melayu) berbangga kununnya sekarang kuasa sudah terletak ditangan rakyat. Bagi orang Melayu (dan rakyat umum) konsep pentadbiran mengurangkan kuasa Perlembagaan Yang di Pertuan Agung itu amat sesuai dan tepat pada masanya. Mereka bangga kununnya rakyat sudah mengambilalih sebahagian besar kuasa-kuasa tersebut. Rakyat boleh membuat keputusan sendiri. Untuk sekian tahun, sehingga hari ini, rakyat melupakan peristiwa itu. Tidak siapa yang membangkitkan sebarang perkembangan yang berlaku sesudah peristiwa "Krisis Perlembagaan" itu dijayakan oleh Mahathir dengan bantuan rakyat yang tertipu bontang. Mahathir cekap memesongkan isu itu dan secara licik merangkul kuasa untuk faedah dirinya tanpa disedari pemimpin UMNO/BN dan rakyat.
Melalui kuasa itu, bukan sahaja Mahathir berjaya berkuasa politik dan pentabiran malah beliau dengan mudah merancang dan melaksanakan pelbagai rencana yang membolehkan dirinya dan keluarganya kayaraya. Beliau benar-benar pengikut "Machiavelli" yang setia. Bertampuk dari urat nadi UMNO sebagai parti komponen BN yang terbesar, Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO secara halus dan licik telah merobahpinda Perlembagaan UMNO sedemikian rupa hingga beliau sebagai Presiden Parti kini berkuasa penuh dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa.
UMNO kini tidak lagi demokratik. Pemimpin-pemimpin Pertengahan UMNO menyedari hakikat ini. Malangnya tidak ada siapa yang sanggup membantah kerana Dr. Mahathir sentiasa menyelesaikan krisis dalam UMNO melalui 'black-mail' dan ugutan.
Penyelewengan Tafsiran Kini
Keadaan memberi tafsiran bahawa "Dr. Mahathir adalah UMNO". Selaras dengan itu, kerana UMNO adalah parti yang terkuat dalam komponen Barisan Nasional dan Presiden parti adalah Perdana Menteri; maka pemimpin-pemimpin UMNO (khusus yang bergantung rezki kepada Mahathir - suatu pegangan umat yang munafik) telah mentafsir dan membesar-besarkan perihal bahawa "Dr. Mahathir adalah juga Kerajaan". Kini, rakyat telah diberi takrif 'equation' palsu bahawa "Dr. Mahathir=UMNO=Kerajaan Malaysia".
Oleh itu barang siapa yang mengkritik Dr. Mahathir bermakna orang itu adalah mengkritik "Kerajaan Malaysia". Mereka akan dicakap sebagai 'anti' Kerajaan. Maka undang-undang ISA boleh dikenakan keatas orang itu. Selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, beratus-ratus orang yang terdiri dari anggota dan para pemimpin parti Pembangkang, cendekiawan, aktivis hak asasi manusia dan rakyat yang berjiwa reformis telah dikenakan tindakan dibawa ISA.
Kezaliman ISA hanya dapat didengar dari mereka yang telah mengalami. Tidak ramai yang sanggup menceritakan azab dan penyeksaan dibawah ISA. Kesemua penyiksaan ini adalah diketahui dan arahan itu ada jelas atas 'titah-perentah' Dr. Mahathir (sebagai Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri).
Walaupun kini Menteri Dalam Negeri diganti dengan orang lain, namun sebarang kelulusan adalah hak mutlak Dr. Mahathir selaku Diktator yang berkuasa mutlak. Menteri lain hanyalah sebagai boneka yang bergerak mengikut henjutan tali yang dipegang oleh Mahathir sendiri. Sehubungan itu, hari ini rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri yang menjadi pencetus "Krisis Perlembagaan" itu telah menggabongkan kuasa mutlaknya dalam UMNO dengan kuasa yang dikatakan 'dimiliki rakyat' yang diraih dari Krisis Perlembagaan tersebut.
Kini Mahathir merasa sangat berkuasa dan bekuasa mutlak; kerana UMNO telah memperuntukkan beliau dengan 'prerogatif' (hak khusus) dan 'special priviledge' (keistimewaan khas). Pada umumnya, bukan semua rakyat di negara ini yang memahami undang-undang dan pentafsiran undang.
Hakikat ini amat diketahui oleh Dr. Mahathir. Melalui kedaifan rakyat inilah menyebabkan Dr. Mahathir mampu bersikap dan berkuasa seperti seorang "PRESIDEN" sebuah "REPUBLIK" dan mentadbir negara sebagai seorang "DIKTATOR". Kini, Dr. Mahathir boleh berbuat sesuka hatinya (tanpa disedari rakyat berlagak sebagai seorang Diktator). Walaupun beliau menafikan dengan lidah, tapi tidak dengan hati dan perbuatan.
Contoh yang jelas, perlantikan dan perlucutan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dari segi Perlembagaan Negara, adalah didalam bidang kuasa Yang di Pertuan Agung. Tetapi Dr. Mahathir hanya 'memaklumkan' sahaja kepada Baginda dan perlucutan itu dianggap oleh seluruh anggota Kabinet dan para pemimpin dalam Regim Mahathir sebagai sah. Ini telah menimbulkan kontroversi yang boleh menggegarkan Perlembagaan. Malangnya isu ini diperap dibawah tikar atas arahan Mahathir, dan masih tergantung di mahkamah.
Mengikut Nafsu Iblis
Demikian juga peritiwa 'mata lebam' yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengakuan Rahim Nor sendiri yang terang-tertang memukul beliau. Hingga hari ini Rahim bebas dan tidak dikenakan sebarang apa jua tindakan. Padahal, seorang bebal secara tiba-tiba menempeleng seorang lain pasti akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
Kes Sukma dihukum 6 bulan penjara atas tuduhan yang termaklum menimbulkan persoalan undang-undang apabila Azizan yang dituduh atas petuduhan yang sama masih bebas. Ummi Halfidah yang terang-terang membuat tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan setelah pihak pendakwa tidak berjaya membuktikan kebenaran kes berasaskan tohmahan 'wanita mithali' kesayangan Mahathir itu, wanita ini tidak dikenakan sebarang tuduhan di bawah 'slander' atau 'fitnah'.
Mana-mana rakyat yang meneliti prosiding kes perbicaraan Datuk Seri Anwar pasti dapat melihat bagaimana Hakim Paul Augustine bukan saja selaku Hakim malah lebih bersikap seorang Pendakwaraya. Ini menyebabkan peguambela Datuk Seri Anwar merasa tidak ada ruang untuk mengemukan bukti-bukti dan saksi-saksi untuk mendapat pembelaan yang adil dan saksama. Sebaliknya, sekarang Regim Mahathir melalui kuncu-kuncu talibarut terdiri dari pemimpin UMNO telah menderetkan peguan-peguam mereka untuk menyaman barang siapa yang mentohmah dan memfitnah Dr. Mahathir, UMNO, dan Kerajaan. Ini menunjukkan bahawa Mahathir adalah juga UMNO, dan Kerajaan. Beliau adalah 'Kebal'. Peguam Negara sendiri telah menakut-nakut dan meng'intimidasi' rakyat seolah-olah beliau juga adalah 'kebal'.
Ini menjelaskan bagaimana sebuah Regim Diktator beroperasi. Segala-gala keputusan "Mesti" dirujuk kepada si "Diktator". Samada keputusan itu berlandaskan undang-undang yang saksama atau sebaliknya, itu bukan jadi masalah. Yang penting ialah, "arahan" dan "keputusan" Diktator itu mesti "sah dipelakukan". Jika tidak, pegawai yang pertanggungjawabkan akan menerima padah.
Siapa Yang Kebal Sekarang?
Rakyat yang prihatin kini sudah dapat merumuskan dengan mudah bahawa sebenarnya kekebalan raja-raja sudah dipindahmilik oleh Mahathir "kepada dirinya dan untuk dirinya". Proses pemindahan itu dilaksanakan dengan cara yang paling halus atas perancangan Dr. Mahathir dan kuncu-kluncu 'think-tank'nya yang sekongkol.
Kini, melalui proses undang "cacamarba" dan perbicaraan yang memihak dan dipilih-pilih, maka barang siapa yang cuba menjejaskan kepentingan Dr. Mahathir dan dituduh oleh "Dr. Mahathir, UMNO, dan Kerajaan" pasti akan menerima hukuman mengikut selera Mahathir sendiri. Ini menjelaskan bahawa Malaysia sekarang adalah dibawa pemerentahan sebuah REGIM yang mentadbir secara DIKTATOR, yang mempunyai status seorang PRESIDEN (melampaui kuasa raja Berperlembagaan).
Dengan perkataan lain tanpa disedari umum, bagi Regim Diktator Mahathir, Malaysia adalah sebuah Republik dan Dr. Mahathir adalah Presidennya. Soalnya, adakah ini struktur Demokrasi yang diperjuangkan oleh datok-nenek kita yang mengasaskan UMNO sewaktu membantah Malayan Union dulu? Apakah tepat untuk mengkaitkan "UMNO Mahathir" dengan "UMNO warisan datok-nenek kita"? Apakah Krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir (kununnya untuk memberi rakyat kuasa) tetapi sebaliknya rakyat yang melaungkan demonstrasi dibelasah oleh FRU atas arahan Mahathir dan kemudian diheret ke mahkamah dan didenda beribu-ribu ringgit selaras dengan konsep demokrasi?
Jika rakyat meminta supaya Pilihanraya diadakan segera tetapi diberitakan bahawa Dr. Mahathir berkemungkinan akan mengistiharkan Dharurat pula - inikah yang dikatakan demokrasi amalan Regim ini?
Perjuangan Sebenar Rakyat Hari ini
Mahathir dan seluruh pemimpin UMNO/BN telah mencari lunas-lunas bagi menakut-nakutkan rakyat dengan membangkitkan sentimen perkauman yang dangkal dan menjijikkan. Isu "Malaysian Malaysia" telah ditafsirkan mengikut selera Mahathir dan digunakan untuk meniupkan sentimen perkauman dan keugamaan.
Adalah amat tragik sekali jika seorang pemimpin mengambil sikap kunun yang sudah lapok-usang lagi tidak bertamaddun dengan menggembar-gemburkan sentimen perkauman dan menakut-nakutkan rakyat melalui isu perkauman dangkal, membalikkan jarum jam kebelakang - semata-mata kerana gagal mencari ikhtiar politik kerana telah bankrup idea dan kehabisan modal politik.
Kegagalan Regim Mahathir makin ketara apabila semua kuncu-kuncu kabinet Regim ini tidak dapat mencari modal yang lebih meyakinkan selain dari mengulang-ulang 'kokok-kokok sumbang' walaupun rakyat tidak langsung mempedulikannya. Sebaliknya, rakyat makin sedar sekarang bahawa Regim ini berhasrat besar melihat 'pergaduhan Kaum' di negara ini untuk menghalalkan tindakan mengistiharkan "Dharurat".
Sebenarnya 'pengistiharan' itu adalah 'haram'. Jika berlaku, Mahathirlah yang akan diheret ke mahkamah rakyat. Batang lehernya akan dijerut rakyat!!
Semua ini adalah sebahagian dari konspirasi dan pakatan terancang Regim ini yang bermaksud memecahkan keteguhan ikatan Gagasan GERAK dan perpaduan Pembangkang yang padu dan kian mengancam kesukutauan UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN yang kian rapuh.
Namun rakyat tidak dapat berganjak dari keinginan "Menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN" Regim Mahathir. Isu yang dibangkitkan oleh Regim Mahathir itu sebenarnya adalah berstatus "Non Issue' semata-mata. Suatu taktikan murahan!! Apa yang lebih afdhal bagi rakyat ialah, setakat ini Regim Mahathir "tidak mampu" mempamerkan "KEADILAN", mengikis Rasuah dikalangan Pemimpin dan Menteri-menteri UMNO/BN (termasuk keluarga dan kroni Mahathir sendiri).
Mahathir gagal malah tidak mahu langsung mengheret mereka kemuka pengadilan dan menghukum mereka. Beberapa kes yang terang tidak diketengahkan dan jika ada yang diketengahkan akan berakhir dengan 'bebas dan tidak bersalah'. Rakyat nampak jelas berpuluh-puluh pemimpin UMNO/BN, menteri-menteri dan kakitangan kerajaan yang rasuah dan menyelewengkan harta rakyat hingga kaya raya (melibatkan suku-sakat Mahathir sendiri). Malangnya perkara itu didiamkan saja.
Soalnya, Demokrasi apakah dibawah Regim Mahathir jika tuntutan rakyat dikesampingkan dan suara rakyat ditindas hingga rakyat menumpahkan darah dibelasah oleh 'soladu upahan' pilihan Regim ini?
Inikah keadilan 'Demokrasi' Mahathir dan Regimnya? Jawapan bagi kesemua soalan itu makin menjelaskan bahawa Dr. Mahathir melalui UMNO/BN sudah terkeluar dari garis dan arus Demokrasi dunia bertamaddun. Jika dibiarkan Regim ini mentadbir negara, rakyat akan hidup berbudayakan konsep pemerentahan 'Diktator Feudalisma', saban hari hidup dengan rasa takut, tidak bebas bersuara menuntut hak, tidak terlindung oleh undang-undang yang saksama.
Sementara itu, pemimpin Regim ini akan berbuat sesuka hati merancang bagi mengaut harta rakyat semahu hati dan mengenyangkan tembolok suku-sakat dan kroni mereka.
DASAR EKONOMI "BARUA"
Pada hematnya, mereka itu jugalah orang-orang yang akan mempersetankan Dasar Ekonomi Baru. Pada mulanya dasar itu diharap untuk mengangkat taraf kehidupan dan ekonomi orang Melayu, memastikan supaya orang Melayu tidak akan terus meminta-minta (subsidi) seumpama rakyat dibawah penjajahan sebelum negara ini dimerdekakan.
Malangnya, selama 17 tahun Dr. Mahathir mengetuai Kerajaan, secara halus Mahathir berjaya menukar konsep dan pelaksanaan 'Dasar Ekonomi Baru' menjadi "DASAR EKONOMI BARUA". Hanya segelintir "Barua-Barua' Mahathir (terdiri dari anak-anaknya, suku-sakat dan kroninya saja) yang dapat menikmati kekayaan negara.
Dalam keadaan tersepit, sekali lagi rakyat dipaksa menebus kerugian 'barua-barua' itu melalui simpanan tetap rakyat (EPF, Tabung Haji, dll). Cuba tanya diri anda sekrang, "Siapakah sebenarnya yang menjadi penjajah sekarang?". Tak lain dan tak bukan ialah bangsa kita sendiri. Mereka adalah petualang dan 'barua-barua' politik Mahathir yang belindung dibalik tabir UMNO/BN (yang kununnya) sebagai parti yang mewarisi perjuangan menagih Kemerdekaan yang (kununnya) penentang MALAYAN UNION.
Sesungguhnya itu hanyalah suatu 'truism' dan 'methos' belaka hasil ciptaan Dr. Mahathir, pemimpin UMNO yang sekongkol dan UMNO 'Baru' yang dicorak dan ukir halus oleh Mahathir untuk kepentingan dirinya sendiri, anak-anak dan suku-sakat serta kroninya (Barua-barua)!! Memang lah sulit bagi Dr. Mahathir untuk mencari seorang 'clone' untuk menjadi pengganti beliau. Ini semata-mata bersebab dari kecurigaan Mahathir bahawa tidak ada seorang pun diantara pemimpin UMNO yang ada, sanggup memikul 'biawak hidup' keluarga dan kroni Mahathir. Kerana itu Mahathir mengharapkan Daim Zainuddin yang sama rakus sebagai calun paling sesuai untuk menggantikan beliau. Bersama Daim, Mahathir sedang memperhebatkan promosi usul supaya salah seorang anak kandungnya mendapat tempat utama dalam UMNO/BN dan Kerajaan.
Ini yang menyebabkan Mahathir sentiasa berdalih seribu cara apabila soal 'pengganti'nya dikemukakan!! Keadaan yang tidak menentu kini menyebabkan Mahathir sungguh-sungguh "takut mati"! Oleh itu, Mahathir terpaksa merangka sebuah 'Dinasti' kepimpinan terdiri dari anak-anaknya. Mungkin Mahathir akan "terbersin" dari liang lahad apabila harta kekayaan anak-anaknya habis dikikis oleh Daim Zainuddin sendiri (sebelum rakyat merampas dan memulangkan kepada khazanah rakyat).
Kuasa Rakyat
Berfikirlah anda sekarang. Bagi mengatasi ketandusan politik dan kewibawaan orang Melayu, demi kepentingan masa depan anak-cucu; rakyat perlu keluar dari kepompong UMNO bikinan Mahathir yang sudah taksub kuasa dan tamak harta (untuk kepentingan kekayaan suku-sakatnya). Dalam waktu yang sama, rakyat akan dibebankan dengan hutang beratus bilion oleh Regim ini yang hanya mampu dibayar tiga generasi rakyat kemudian.
Kuasa merobah kerajaan ditangan rakyat. Jika kali ini rakyat gagal bersepadu menumbangkan UMNO/BN, maka rakyat jugalah yang akan menerima padah. Akan ramai lagi jaguh-jaguh pejuang rakyat didalam GAGASAN BARISAN ALTERNATIF RAKYAT akan berbondong-bodong dihumbankan ke dalam penjara senasib dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika rakyat gagal menumbangkan Regim ini, cengkaman Diktator Mahathir dan manusia yang menggantikan beliau (Mahathir pasti akan mati juga) tidak dapat lagi disanggah. Adakah orang Melayu insaf keserikan hidup dibawah pentadbiran "Penjajah"? Eloklah berfikir sebelum menentukan pilihan. Jauhilah malapetaka yang akan menimpa.
HIDUP REFORMASI!! ALLAHU AKBAR!
(Datuk) Anti Penjajah Baru Johor Bahru.
15 Mei 1999