MAHATHIR & BN MAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN
Bagaimana Mahathir menjadikan orang Cina sebagai mangsa untuk meraih simpati pada tahun 1987. Sila renung semula ‘Operasi Lalang’ yang telah dilakukan pada tahun tersebut. Berikut ialah komen Tunku Abd. Rahman :
"UMNO was facing a break-up. The Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad’s hold on the party appeared critical when election rigging was alleged to have given him a very narrow victory against Tengku Razaleigh. The case alleging irregularities brought by UMNO members was pending in court. If the judgement went against him, he would have no choice but to step down. So he had to find a way out of his predicament. A national crisis had to be created to bring UMNO together as a united force to fight a common enemy – and the imaginary enemy in this case was the Chinese community … If there was indeed a real security threat facing the country, why was action not taken much sooner?" - The Tunku (Malaysia’s first Prime Minister) himself has come out unequivocally to say who was responsible for the October ’87 crisis. Ruj: Behind the Wire By Kua Kia Soong, Page 6.
Semua warga Malaysia harus sedar bahawa BN akan menggunakan sentimen perkauman untuk kepentingan mereka selain berbagai lagi taktik kotor. Lihat sahaja cubaan Mohamad Rahmat (betulkah beliau anak yang mendapat Rahmat???) membakar sentimen perkauman dengan menuduh DSWA adalah berketurunan Cina tetapi pada masa yang sama menyembunyikan bahawa Mahathir adalah berketurunan India!
Orang Cina masih tidak sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh Mahathir untuk kepentingan politik beliau bahkan menyanjung kepimpinan Mahathir. Adakah orang Cina perlu terus dipergunakan oleh Mahathir semata-mata untuk terus membuat duit? Adakah hanya Mahathir yang mampu membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia? Tidakkah sesiapapun yang menerajui Malaysia adalah bertanggung-jawab untuk memastikan kemakmuran? Tidak dinafikan bahawa Mahathir ada membawa kemakmuran, tetapi sebenarnya, Mahathir lebih banyak membawa musibah dan ketidak-adilan kepada rakyat berbanding dengan kemakmuran yang telah diberikan. Mahathir adalah pemimpin yang dibenci oleh orang Melayu, mengapa masih berpauh pada dahan yang rapuh?
Tumbang UMNO bermakna tumbanglah BN. Mengapa tidak menyelamatkan diri dengan bersama-sama menaiki bahtera Kerajaan Alternatif? Mengapa tidak memihak kepada Kerajaan Alternatif yang bukan sahaja meneruskan kemakmuran tetapi juga menawarkan keADILan kepada semua? Adakah warga Malaysia berketurunan Cina tidak pernah membuka mata mereka seluas mungkin untuk melihat keburukan demi keburukan yang telah dilakukan oleh Mahathir? Ataupun wang telah menutup segalanya?
Sumber:Siti hajar
17 Mei, 1999