AKAH DR. MAHATHIR MASIH WARAS dan UMNO/BN MASIH RELEVAN?

SEBENARNYA, Dr. MAHATHIR dan sekutunya di kalangan pemimpin puak UMNO/BN memperakui hakikat kesesuaian Dasar Kewangan yang dilaksanakan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menderi dan Menteri Kewangan. Dengan nasihat dan kepakaran para petugas profesional dari Bank Negara, Datuk Seri Anwar berjaya merangka satu 'Rancangan Menyelamat' yang telus dan sempurna selaras dengan kelaziman amalan dunia.

DS Anwar Memilih Dasar Kewangan Bijak

Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar adalah sama seperti yang dilakukan oleh negara lain seperti Thailand, Korea Selatan - cuma bedanya, Datuk Seri Anwar tidak bersetuju meminjam dari IMF atas sebab-sebab keketatan syarat-syarat yang terlalu menekan. Bagi Datuk Seri Anwar, Malaysia adalah sebuah negara yang masih termampu untuk mengatasi permasalahan ekonomi dan kewangan, sambil itu akan menggunakan 'constraints' secara 'voluntary'.

Ini adalah jelas, tepat dan tidak bercanggah. Sewajarnya, tindakan Datuk Seri Anwar itu tidak harus dipertikaikan oleh kepimpinan kerajaan, khususnya Dr. Mahathir (sebagai PM). Malah, ahli-ahli korporat yang telus dan cendikiawan serta pakar-pakar ekonomi tempatan dan antarabangsa mengalu-alukan tindakan beliau (Datuk Seri Anwar) itu.

Timbul persoalan sekarang, mengapa Dr. Mahathir dan Daim begitu 'menyinga' dan menafikan ksesuaian tindakan Datuk Seri Anwar? Mengapa Dr. Mahathir bermati-matian cuba meyakinkan rakyat bahawa Datuk Seri Anwar tidak mempunyai kepakaran dibidang tugasnya sebagi Menteri Kewangan? Lantas dengan itu, Datuk Seri Anwar dilucutkan dari semua jawatan dalam kerajaan dan Parti! Atas sebab apa?

Dari apa yang kita tahu, kununnya beliau terlibat dengan perlakuan yang aib! Yang anihnya, kesemua tuduhan itu tidak lebeh dari 'tohmahan dan fitnah' dangkal yang sengaja diada-adakan dan tidak langsung dapat dibuktikan walaupun telah berbulan-bulan dibicarakan di mahkamah yang dikuasai oleh Dr. Mahathir secara diktator.

Disepanjang perbicaraan itu, rakyat dan dunia menyaksikan sebuah drama panjang yang tidak masuk akal. Dengan keputusan Hakim yang hidup dalam ugutan dan ketakutan, maka dijatuhkanlah hukuman yang paling tidak adil dan tidak berperikemanusiaan keatas Datuk Seri Anwar. Malangnya, hingga hari ini seluruh rakyat negara ini dan dunia amnya, menggeleng-geleng kepala bagaimana Dr. Mahathir boleh bersikap sedemikian buruk, hodoh dan tidak beretika sama sekali hingga sanggup melalukan pelbagai angkara yang boleh mengancam kestabilan dan menghancur-leburkan kemantapan politik, ekonomi dan perundangan negara yang selama ini begitu mantap dan teratur dan diyakini dunia bebas.

Dr. Mahathir Menghukum Rakyat

Hari ini kita lihat Dr. Mahathir menulis di Majalah Jepun membebelkan kununnya seseorang pemimpin tidak wajar duduk dimercu kuasa terlalu lama. Jika ia berdegil maka ia akan berhadapan dengan tentang dari bakal penggantinya samada ia bagus atau sebaliknya. Kita bersetuju 100% dengan apa yang diperjelaskan Mahathir. Malangnya, sebagai seorang pemimpin sikap "biawak lidah bercabang", Dr. Mahathir sentiasa 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat negara ini tidaklah sedemikian 'berut busuk dan berotak udang' untuk menolak mana-mana pemimpin kecuali jika pemimpin itu benar-benar 'bangkai bernyawa - dibuang kebuang ke sungai buaya tak makan, dibuang ke laut jerung tak sambar' lagi.

Hari ini, demonstarasi rakyat menolak Dr. Mahathir dan seluruh kuncu-kuncu "haprak" dalam UMNO/BNnya sudah sampai ketahap "bangkai bernyawa". Tiada siapa yang menghasut rakyat untuk berfikir dan bertindak begitu. Selama ini, Parti Pembangkang di negara ini diketahui umum berpecah belah. Hari ini kita lihat mereka berpadu teguh dan sanggup mengenepikan perbedaan masing-masing, duduk semeja dan bercakap se nada. Rakyat berbilang kaum dan lapisan berbondong-bondong mememberi sokongan padu. Setiap ceramah GERAK menyaksikan angka puluhan ribu hadirin. Masing-masing ikhlas menghulurkan derma wang ringgit sebagai tanda sokongan supaya Gagasan itu terus berjuang menegakkan KEADILAN dan menghapuskan KEZALIMAN!!

Ini perlu dilihat sebagai iltizam rakyat. Rakyat tidak perlu dibayar. Sebaliknya mereka menderma dan mengongkosi perbelanjaan penganjur. Mereka simpati dan mereka insaf. Mereka faham bahawa mereka berjuang untuk rakyat berbanding pemimpin UMNO yang bertempias membebel untuk mengisi 'tembolok'. Gelombang ini adalah suatu pembentukan 'kuasa' bahawa rakyat sudah bersedia menukar wakil-wakil untuk mentadbir mereka.

UMNO/BN wajar mentafsirkan bahawa mereka sudah kecundang. UMNO/BN tidak diyakini dan pemimpin mereka sudah dicurigai. Ini adalah pentanda politik yang baca dengan teliti. Kerajaan hari ini sudah tidak lagi punya 'mandat' rakyat. Dari aspek sains politik, Kerajaan Mahathir sudah terungkai dan dipurukkan (banished) rakyat!! Persoalannya, siapakah yang zalim? Benarkah sudah tidak ada lagi keadilan dinegara ini?

Persoalan ini dihuraikan; bukan oleh penceramah itu, sebaliknya terbentang nyata melalui tindak-tanduk Dr. Mahathir, para pemimpin dalam UMNO/BN dan seluruh sistem kepolisan, kehakiman dan perundangan di jabatan Peguan Negara sendiri. Apa yang berlaku di lokap Bkt. Aman, seksaan ketas tahanan ISA, hukuman penjara DS Anwar, perbicaraan cacamarba mahkamah Mahathir, kutak-katik perasuah pemimpin UMNO/BN, sikap tidakpeduli Kerajaan terhadap rungutan rakyat, kesebokan pemimpin UMNO/BN memperkayakan diri dan mengisi kocek melalui Projek Mega melalui Kroni-Proksi, dll.

Kesemua ini diintip rakyat dengan teliti, didedah dan dikutuk beramai-ramai. Jika mereka berDemo, itu bukan satu kesalahan. Yang salah ialah: rakyat dihambat dan dibelasah oleh FRU hingga mengalir darah kebumi - semata-mata kerana Regim Mahathir rasa terhina!! Jika tidak, rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, memang tidak suka kepada rusuhan. Tetapi atas rencana Regim ini, maka dibesar-besarkan kununnya rakyat merusuh. Jika rakyat merusuh, pasti ada sebab. Jika ditanya, jawapan yang pasti ialah: sebabnya Regim Mahathir "MERAMPAS" Hak Asasi mereka!!

Adakah itu salah? Rakyat yang berdemo terdiri dari kesepakatan pelbagai kaum. Bersaing dan berganding bahu. Apakah wajar Regim ini menganggap ia sebagai rusuhan kaum? Kita lihat para demo keturunan Melayu membalut luka rakan demo keturunan Cina dan India. Rusuhan kaum kah? Insiden-insiden itu menunjukkan betapa gelabahnya Regim Mahathir sekarang. Rakyat sudah tidak yakin lagi kepada Regim ini. Akuilah - habis cerita!! Otokratik Meresap Keakar Umbi Hematnya, terlalu banyak contoh-contoh pasti jika hendak dipertutunkan satu persatu.

Memadailah dengan berkata bahawa keDIKTATORan Dr. Mahathir dan Regim ala "Fascist dan Autocratic"nya terjelas melalui ancaman Peguam Negara Mokhtar Abdullah yang siang-siang mengugut rakyat seolah-olah dirinya adalah "kebal", tidak tertakluk kepada sebarang kritikan. adakah beliau 'mengatasi' undang-undang (above the Law). Barang sesiapa yang mengkritik beliau bermakna 'menggugat' kesetabilan negara!!

Nada Mahathir adalah sama (identical) dengan nada Mokhtar Abdullah. Nampaknya, keDIKTATORan Mahathir telah disokong oleh pengendali sistem Perundangan berprinsipkan DIKTATOR juga. Kita lihat, walaupun bekas KPN Rahim Nor mengaku tanpa paksaan memukul Datuk Seri Anwar dalam tahanan dihadapan Suruhanjaya Bebas berstatus diRaja, hingga beliau mengalami bengkak-lebam; namun perkara ini tidak diambil pusing samasekali oleh Regim Mahathir. Apa ini? Tidakkah itu bermakna keselamatan rakyat sudah tidak menjadi priority Mahathir dan pentabirannya lagi? Adakah negara selamat dibawah pentadbiran Regim ini? Adakah rakyat masih bernaung dibawah amalan demokrasi yang menjadi inti Perlembagaan negara?

Kita mahu bertanya kepada semua penyokong Mahathir dan UMNO/BN; apakah riaksi anda jika anda dan anak-isteri anda diperlakukan oleh Regim Mahathir, dibelasah tanpa sebab yang wajar - kemudian mayat mereka dijumpai tergantung di sebatang pokok. Akhirnya anda dimaklumkan bahawa mereka mati kerana 'membunuh diri'. Boleh terima atau tidak?

Jika anda bawa kes itu ke mahkamah, anda tidak akan mendapat pengadilan yang saksama. Jika anda membantah dan berdemo - anda akan dibelasah oleh FRU!! Apakah hak asasi anda untuk mendapat perlindungan dari Kerajaan yang anda pilih masih dihormati? Adakah ini Kerajaan yang menjanjikan kesejahteraan untuk anda?

Hari ini kita menyaksikan hampir 1000 orang rakyat yang sedang mengalami seksaan ISA dibawah arahan dan perakuan Dr. Mahathir dan Regimnya. Anak isteri masing-masing merintih dan bersedih pilu, semata-mata kerana mereka membantah gejara ZALIM yang dilakukan oleh pihak polis Cawangan Khas Regim ini. Semua ini adalah atas arahan seorang penzalim terulung - Dr. Mahathir Mohammad yang melantik dirinya sebagai Diktator.

Segelintir kuncu-kuncu sekongkol yang sama berkepentingan dengan Mahathir itu memperakukan ini; tetapi 20 juta rakyat tidak! Hakikatnya, inilah dia KEADILAN yang diperjuangkan rakyat dan inilah KEZALIMAN yang sedang bermati-matian cuba dikikis oleh rakyat melalui gagasan REFORMASI dan tuntutan merobah Kerajaan UMNO/BN.

Jangan Salah Tafsir

Apa yang dituntut rakyat hari ini bukanlah setakat menyokong DS Anwar semata-mata. Rakyat tidak berfikir sesempit itu. Sebenarnya, rakyat sudah bosan dengan tipu helah, ancaman dan perobahan sikap Kerajaan UMNO/BN dibawah kepimpinan Dr. Mahathir yang kian jelas kuku-besi. UMNO/BN telah digelimangi dosa oleh pemimpin rakusnya, semata-mata berfungsi untuk membantu Dr. Mahathir supaya lebih kejam dan penipu!! Kerana rakyat sudah terlalu 'takut' dengan gejala DIKTATOR Dr. Mahatjhir yang sekarang sedang mendapat sokongan segelintir (ulang: segelintir) pemimpin UMNO/BN yang terlalu korap dan "berpenyakit" itu; maka sekali gus rakyat sudah bersatu dan jadi "amat berani".

Cagaran rakyat sudah terlalu mahal. Mereka sanggup menggadaikan darah walaupun sebenarnya cagaran itu tidak perlu dalam negara mengamalkan demokrasi. Mereka yang diancam dibawah ISA dan Datuk Seri Anwar yang merengkok 6 tahun dipenjara atas tuduhan palsu adalah seperkara yang tidak harus berlaku dalam era penghujung Abad ke-20an ini. Dr. Mahathir juga tidak wajar bersikap bagai seorang pemimpin yang disampok 'gila babi' mewar-warkan tuduhan palsu diluar keyakinan manusia waras diserata dunia.

Apatah lagi, respon yang diperolehinya ialah cemekan muka menghina dari pemimpin dunia yang pada satu masa dulu mengganggap beliau jaguh dunia Membangun!! Kini? Rata-rata pemimpin dunia mentafsirkan Dr. Mahathir sebagai prompak khazanah negara sendiri, pemfitnah terulung dan Diktator yang sudah kurang siuman dan sorang yang ingin berkuasa sampai (bila nak mati Allah yang maha mengetahui - tapi eloklah mati cepat supaya mata dan telinganya tidak mendengar maki cerca rakyat)!!!

Sebenarnya, Mahathir sendiri tahu bahawa beliau (Mahathir):

    1. memang bersikap Diktator dan kuku-besi, zalim terhadap rakyat dan menipu bermuka-muka, dan tindakan nya terhadap DS Anwar adalah zalim dan tidak berperi kemanusiaan,
    2. tidak disukai oleh majoriti pemimpin UMNO/BN disegenap lapisan hingga perbuatannya menyebabkan UMNO/BN lumpuh dan akan diketepikan oleh rakyat (kalah jika Pilihanraya diadakan sekarang),
    3. tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat dan pemimpin dunia, malah sudah sampai ketahap "bangkai bernyawa - dibuang kebuang ke sungai buaya tak makan, dibuang ke laut jerung tak sambar". Tetapi mengapa Dr. mahathir masing berdegil-degil lagi? Jawapan yang jelas ialah: Mahathir terpaksa meneruskan rancangan untuk menyelamatkan kekayaan yang diragut melalui aktiiti-aktiviti rompakan yang selama 18 tahun ini dilakukkanya bagi faedah dirinya, anak-anak, suku-sakat isterinya (Siti Hasmah) dan kroni-proksinya.

Kita sudah dengar pelbagai jenis "bail-out" yang dilakukan dengan campurtangan dan perkongsian antara Mahathir-Daim memaksa PETRONAS dan penggunaan wang rakyat: EPF, Tsbung Haji, dll. bagi maksud menyelamatkan korporat muflis keluarga dan kroni-kroninya.

Hari ini Mahathir merancang menjual Bond-bond kerajaan. Bermakna negara & rakyat akan dibebankan dengan puluhan billion ringgit "hutang jangka panjang". Jika selama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, bel;iau bermati-matian cuba menstrukturkan semula perbankan dan kewangan negara begitu cermat bagi mentasi kegawatan ekonomi yang menekan rakyat; namun Dr. Mahathir mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu bertindak untuk menyelamat kepentingan kroninya semata-mata.

"Tiga Sekawan" Menjual Hak Rakyat

Diakhir-akhir ini, (diberitakan & quote) "apa yang paling membimbangkan sekali yang dilakukan oleh Mahathir-Daim-Rafidah ialah: "Tiga sekawan" ini telah membenarkan syarikat-syarikat Barat terutamanya dari Britain untuk memperolehi peratusan ekuiti yang banyak dalam syarikat-syarikat tempatan termasuklah "protected areas" seperti bekalan letrik, air, telekomunikasi dll. Ekuiti saham Bumiputera telah di niagakan dipasaran bebas menjadikan ekuiti saham Bumiputera jatuh menjunam". Dengan ini bermakna, Mahathir dan kroni-kroni sedar bahawa tindak-tanduk mereka inilah sebenar-benarnya mendedahkan negara kepada "Penjajahan Ekonomi" oleh barat dan kuasa luar yang lain. "Penjajahan Ekonomi" ini akan meletakkan negara dibawah telunjuk barat.

Sebenarnya, ini amat bertentangan samasekali dengan "Dasar dan Amalan" pemimpin rakyat yang sekarang sedang merengkok dipenjarakan oleh Dr. Mahathir, ie: Datuk Seri Anwar Ibrahim - bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menentang hak rakyat diperjudi dan digadaikan kepada negara luar.

Tapi Mahathir tidak peduli. Mahathir tidak pentingkan negara, rakyat miskin dan pengusaha kecil IKS Melayu yang sedang tersungkur. Mahathir hanya pentingkan dirinya, anak-anaknya, suku-sakat isterinya dan kroni-proksinya aje. Proses penggadian maruah bangsa dan negara ini sedang diatur oleh sebuah syarikat Juruperunding Yahudi (Solomon) atas restu Mahathir-Daim.

Hari ini Mahathir cuba bermati-matian mengalih pandangan rakyat dengan berbagai taktik dan cara supaya rakyat menganggap apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan rakyat. Saban hari Radio dan TV, akhbar dan ucapan road-shownya membebelkan betapa hebatnya pembangunan negara. Sebenarnya itu bukan kerana Mahathir tetapi kerana rakyat gigih yang bersusaha bertahun-tahun sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apa yang sebenarnya berlaku, Mahathir cuba mengaut keuntungan peribadi dengan mengkayarayakan dirinya dari Projek-projek Mega itu. Mengapa beliau tidak bercerita tentang jumlah hutang negara, berapa puluh billion ringgit telah diselewengkan oleh Eric Cheah, Tan Peik Khing dalam Perwaja dan BAKUN? Berapa ramai pengusaha IKS Melayu yang terlungkup-tersungkur, berapa tingginya % pertambahan inflasi dan kenaikan harga barang keperluan, bagaimana hakisan nilai ringgit berbanding dollar Singapura, berapa jumlah wang rakyat yang disimpanan oleh anak-anaknya, suku-sakat isterinya dan kroni-proksi termasuk para menteri-menterinya dibank-bank negara luar (Bank Israel, dll); berapa jumlah kes-kes rasuah dan penyelewengan oleh para menteri dan kakitangan awam berpangkat tinggi yang sengaja dibekukan atas restu beliau, dll?

Inilah rahasia yang sedang dibongkar habis-habisan oleh rakyat melalui saluran awam seperti Internet dan Ceramah-ceramah GERAK dan Pembangkang, akhbar-akhbar tabloid HARAKAH serta surat-surat edaran. Kerana apa yang muatkan adalah berita benar, Regim Mahathir telah menggunakan kuasa polis untuk menyekat penyebaran berita itu. Kununnya ia adalah bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan. Sekali imbas memang benar bagai "memburuk-burukkan" kerajaan, tetapi apa kata kalau selama 18 tahun Mahathir menguaai kerajaan melalui UMNO/BN - didapat kerajaan pimpinannya benar-benar telah "Memburuk" (rotting away)? Adakah salah mendedahkan "Keburukan kerajaan" untuk diketahui 20 juta rakyat yang selama ini ditipu, dirompak, diperkudakan dan dipeloceh oleh "Regim Rakus" ini?

Pengusaha IKS Melayu Tertindas

Adakah meyakinkan jika para menteri dan pemimpin UMNO/BN dibawah pentadbiran Mahathir hampir kesemuanya boleh jadi kayaraya dalam tempoh 5 tahun? Adakah meyakinkan jika Mirzan & Mokhzaini anak-anak Mahathir/Siti Hasmah berusia 30-an boleh bertukar menjadi kayaraya multi-billionaire sesingkat masa, padahal pendidikan dan keterampilannya tidak lebih dari seorang budak manja yang masih 'mengopek' melekap ke susu lisut Siti Hasmah - saban hari berfoya-foya dimeja judi 'Roulette" di Casino di Macau, Las Vegas dan Gold Coast berkepit betina segala bangsa? Apabila kalah berpuiluh-puluh juta, maka 'anak salah asuhan' ini pulang merengek meminta wang paksa dari syarikat-syarikat yang dalam kesempitan!!

Itu baru satu contoh antara ratusan contoh lain!! Bayangkan dan bandingkan darihal kehidupan seorang pengusaha perabut IKS Melayu yang terkial-kial untuk mendapat kontrak kerajaan dibawah Konsep Payung bernilai tidak lebih lebih dari 100 ribu RM untuk tempoh setahun, terpaksa bertungkus lumus siang malam bersekang mata menghirup habuk kayu. Padahal Mirzan & Mokhzaini boleh memilih dan menentukan jumlah kontrak dan jenis kontrak yang dikehendakinya cuma dengan memesan seorang peon pejabat ke Perbendaharaan. Sambil menjentik-jentik meja, bank-bank akan bertungkus lumus memperoses kredit Pinjaman berjumlah setengah billion ringgit, TANPA cagaran!!

Inilah cara Mahathir melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang diamanahkan oleh Allahyarham Tun Razak. UMNO/BN Tidak Lagi Releven Hari ini rakyat sudah tahu - malah lebih dari tahu dan maklum. Apakah UMNO/BN masih lagi mahu menyembunyikan pekung di dada? Apakah benar Megat Joned, Rahim Thamby Chik, Sabaruddin Cik, Mohammad Rahmat, Ibrahim Ali, Isa Samad, Rafidah Aziz lebih bersih dari Hamid Osman, Yusof Nor atau Wan Mokhtar? Jika Yussof Nor terlibat dengan pelbagai salah guna wang Zakat, mustahil mereka sekuncu-sekutu Megat Joned dan Rahim Thamby Chik itu lebih bersih dari Yussof Nor!!

Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu terlalu banyak!! Kerana itu, hampir kesemua Majlis Tertinggi UMNO terpaksa akur dengan kehendak Mahathir "Kepala Taik" (meminjam tafsiran Prof. Shanon). Dengan menurut kehendak Mahathir, mereka tidak akan "dikemutkan" keluar. Kerana 'kemutan' seumpama itu memang buruk padahnya. Mereka akan tersadai kering kontang berhujan berpanas. Sepatah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Jika tidak sanggup menanggung risiko, jangan bicara tentang perjuangan". Nampaknya, para Pemimpin UMNO hari ini adalah mereka yang tidak sanggup menanggung risiko, oleh itu mereka TIDAK tergolong kepada perwaris Anti-MALAYAN UNION!! Mereka WAJIB di SINGKIRKAN. Kita tidak yakin Dr. Mahathir masih waras lagi! Dan UMNO/BN juga sudah tidak Releven lagi!

Mohd. Amin Rashid Karim M.Sc. (Ekonomi & Politik)