MAHATHIR MEMBELAKANGI KEPENTINGAN MELAYU..!!!

Terimbau saya dan tergerak hati untuk merespon tulisan sdr 'REFORMIS IPT, Universiti Tempatan' yang menulis atas tajuk "PENDUDUK KG. BARU MESTI BERTINDAK SEKARANG!!" dalam Laman http://members.xoom.com/r4mac/ bertarikh Selasa, 18 Mei 1999.

Tanggapan 'REFORMIS IPT' makin dirasakan realistik apabila sekepingdokumen (surat) Dr. Mahathir kepada MB Kedah (Sanusi Joned) dipapar di Lamanweb 'Forum Gerak Reformasi' mengenai penggadaian 'Tanah Tebusan' hak dan harta seluruh rakyat Langkawi begitu mudah diputuskan oleh Mahathir sendiri. Kununnya kedua-dua billionare Cina itu (Lim Goh Tongdan Ting Phek Khing) telah ikut segala arahannya (Mahathir).

Sila lihat salinan surat fax Mahathir kepada Sanusi:``````````````````

PERDANA MENTERI MALAYSIA

012535

20 September 1997

YB Tan Sri Sanusi Joned
Menteri Besar Kedah,
Pejabat Menteri Besar,
Kedah Darul Aman

Per: Tanah Tebusan

Saya faham semua tanah di Langkawi adalah simpanan Melayu. Oleh itu
Tanah Tebusan saja yang boleh dimiliki oleh bukan Melayu. Sudah tentu
untuk menebus perbelanjaan yang tinggi diperlukan. Untuk ini pinjaman
daripada bank adalah diperlukan. Tanah berkenaan akan menjadi cagaran.

YBhg Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ting Phek Khing telah ikut segala
arahan saya untuk membangunkan Langkawi. Amatlah tidak berbudi jika kita mempertimbangkan langsung permintaan mereka. Oleh itu setelah ditolak 20%
untuk Kerajaan, tanah yang lebihi hendaklah di'lease' kepada syarikat yang LADA miliki 20-25%. Had masa 'lease' bolehlah ditimbang antara 60-90 tahun.

Salam hormat.

Tt

(Dr. Mahathir bin Mohamad) `

Persoalan:

Sebagai seorang anak jati Kg. Baru (K. Lumpur), ramai di antara kami merasa bahawa:

    1. Kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakangkan UMNO pimpinanMahathir bin Mohamad ini memang bersungguh-sungguh hendak memusnahkan hak pesaka tulin dan identiti turun temurun orang Melayu, khususnya yang terkandung dalam takrif "Tanah Simpanan Melayu". Malangnya Mahathir telah mengabui mata orang Melayu dengan menggunakan nama "Kerajaan" dan bertopengkan UMNO. Tetapi, di sebaliknya beliau telah menggunakan kesempatan untuk menghalalkan diri beliau sendiri memutuskan sesuatu keputusan itu mengikut selera searus dengan sikap otokratiknya. (Rujuk: ".....telah ikut segala arahan saya...")
    2. Disebalik kata-kata merdu Mahathir selama ini, terbukti sekarang tanpa disedari orang Melayu bahawa penghakisan hak Melayu di negara ini adalah berpunca dari perbuatan dan sikap tamak habloba Mahathir dan kroninya segala kaum. Memang jelas dan terbukti sekarang Mahathir tidak mempunyai sifat dan perasaan keMelayuan langsung dan sanggup bersekongkol dengan pengusaha Cina untuk meruntuhkan hak Melayu. Dalam konteks pembangunan projek Mega (contoh: Tanah Tebusan Langkawi), Mahathir jelas tidak mahu berurusan dengan orang Melayu yang berpotensi. Dalam kes terbabit, terbukti Mahathir lebih cenderung berurusan dengan Lim Goh Tong dan Ting Phek Khing (dua orang Cina). Apakah tidak ada orang Melayu lagi?
    3. Kalau hendak dikatakan Melayu miskin, Mahathir sendiri menjelaskan bahawa pinjaman bank adalah diperlukan. Tak kira pengusaha Melayu atauCina sekalipun, masih meminjam bank juga. Jadi, apa sebab pengusaha Melayu tidak dipilih? Jawapan yang pasti ialah jika Mahathir berurusan dengan peniaga Cina, maka rahsia Korupsi dan Rasuah Mahathir akan tersimpan ketat-ketat!! Padanlah orang Melayu tidak diberi kemudahan projek besar, melainkan anak-anak, suku-sakat dan kroni kepercayaannya saja!!
    4. Dengan perkataan lain, semangat Mahathir memang bukan untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Mahathir telah mempermain-main dan permudah-mudahkan kepercayaan dan amanah orang Melayu. Mahathir telah menipu seluruh bangsa Melayu di negara ini. Dialah sebenar-benar dan sebesar-besar petualang berketurunan Mamak yang secara tidak disedari oleh bangsa Melayu (sebaliknya disembunyikan oleh pemimpinUMNO yang ikut sama korap dan rasuah) untuk mengkhianati inspirasi orang Melayu, Kemerdekaan orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru yangdiperjuangkan oleh datuk nenek kita hingga ke zaman Tun Abdul Razak Hussain. Mahathir tak ubah seperti kebiadaban 'Raja Mandeliar' yang memusnahkan ketuanan Melayu Melaka Tua, hingga Bendahara Seri Maharaja mati dibunuh oleh pembesar Melayu yang korap!! Hari ini siapakah yang sekongkol 'membunuh' kewibawaan politik DSAI?
    5. Apa yang dipaparkan oleh sdr 'REFORMIS IPT' mengenai Kg. Baru itu hampir-hampir boleh diyakini sepenuhnya. Cuma kita tidak tahu butir-butir terperincinya saja (memang itu rahsia besar Mahathir mestinya). Tapi berasaskan kes Tanah Tebusan Langkawi itu, diharap orang Melayu pemilik tanah di pinggir bandar seluruh Malaysia, wajar meyakini bahawa Mahathir memang bercita-cita besar penuh dendam untuk memiliki tanah orang Melayu di seluruh kawasan perkampungan Kg. Baru K.Lumpur ini (termasuk yang lain-lain). Itu sebab Mahathir telah menjadikan isu Tanah Simpanan Melayu (TSM) sebagai perkara utama kepadanya. Memang Mahathir 'berudang disebalik batu". Inikah pemimpin yang wajar diangkat lagi?
    6. Kita tidak tahu berapa billion ringgit habuan/imbuhan yangdijanjikan oleh billionaire Cina (mungkin juga pengusaha-pengusahaasing?). Akhirnya orang Melayu Kg. Baru yang dhaif dan kebingungan terpesona dengan RM sejuta dua. Tapi itu hanya kuah, sementara Mahathir dan komplot kroninya bersorak- sorai mengunyah daging!!
    7. Mahathir memang bijak dan licik menipu atas nama "Pembangunan". Nampaknya, melalui kuasa, keyakinan UMNO dan penyokong UMNO, kedhaifan visi orang Melayu, ketaksuban orang Melayu kepada pemimpin yang suka menanam tebu di bibir, kerjasama pemimpin-pemimpin rasuah puak UMNO yang sekongkol dengan mereka (eg. Sulaiman Brandi?). Sebenarnya, orang-orang inilah yang diamanahkan oleh Mahathir uintuk menggantikannya meneruskanproses pemusnahan 'Ketuanan' Melayu di negara sendiri. Akhirnya orang yang sama sepandan dengan untaian pepatah nenek-moyang kita, "Menang sorak kampung tergadai, tercurah air ditempayan kerana mengharapkan guruh dilangit'. Akhirnya orang Melayu tinggal papa kedana semata-mata kerana terlalu 'Harapkan pagar - padahal pagar makan padi' semata-mata kerana 'pecayakan padi kepada tikus".
    8. Isu "Masalah Banjir di Kg. Baru" dan "Tanah TebusanLangkawi" perlu dilihat dalam konteks tanah-tanah Simpanan Melayu di seluruh negara -samada di pinggir bandar mau pun di luar bandar. Diketahui umum, jumlah TSM sudah jauh berkurangan. Abad 21 paling mencabar. Orang Melayu perlu berhadapan dengan kenyataan bahawa harga bangsa bukan terletak kepada janji pemimpin. Sebagai manusia mereka boleh beralih 'angin'. Yangpenting ialah "Adakah parti dan para pemimpinnya betul-betul' accomodating' dan jujur-ikhlas menangani permasalahan bangsa kita yang masih dikira mundur".
    9. Selama 40 tahun kita Merdeka, nampaknya harapan kita masih tidak dipedulikan oleh pemimpin puak UMNO sekarang. Kita berhadapan denganKelompok Pemimpin yang tamak diri, rasuah dan berkroni, undemocratic dan terlalu taksub dengan budaya takut kerana terdedah dengan 'black-mail'..!!

Makin hari kebiadaban mereka makin terdedah. Merekasanggup melakukan apa juga, asalkan cita-cita mereka tercapai. Ini bukan Fitnah. Semaklah sendiri. Jangan sekali-kali kita (orangMelayu) membiarkan sebarang ruang peristiwa 'Tanah Tebusan Langkawi' itu berlaku di Kg. Baru pula, atau dimana-mana. Cara yang terbaik ialah dengan memusnahkan peluang UMNO/BN menerajui Kerajaan yang telah bersikap serong menjadi petualang bangsa ini. UMNO bukan lagi 'Parti Penyelamat' tetapi sebaliknya "Parti Pengkhianat". Orang Melayu seluruhnya wajib mempertahankan hak sendiri! Kitatumbangkan UMNO/BN kali ini. Alang-alang berdakwat biarlah hitam!! Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!! Apakah Mahathir fikir tanah Melayu dan UMNO warisan dan hak mutlak datuk neneknya dari India; hingga 1000 kali dilaungkan masih enggan untuk undur?

Pilihan terbaik hanya satu "BENAMKAN UMNO/BN dan KIKIS PELUANG PARTI INI MEMERENTAH..!!".

Anak-cucu Bagindo Nazar, Kg. Baru.
19 Mei, 1999