MENTERI-MENTERI JUGA KAKI PEMBOHONG?
Menteri-menteri kita memang kaki bohong. Sudah kerap kita mendengar cerita pasal ahli politik kita ramai yang kaki bohong. Berbohong kepada pengundi, berbohong kepada isteri dan keluarga mereka dan yang UTAMA ialah mereka berbohong dengan Allah Azzawajalla.
Selalu juga kita dengar perihal para menteri kita yang bercakap bohong sudah sebati dalam diri mereka. Bila mereka berbohong, ramai pula yang tolong mengiyakannya. Media-media kerajaan turut membantu mereka. Kalau PM yang berbohong – ramai pula pengampunya yang tolong sambut. Terutamanya pihak media. Namun, mereka lupa akan Allah s.w.t. Mereka lupa juga rakyat ingat kata-kata mereka. Kata-kata PM dan menteri-menterinya dirakam dalam media.
Saya ingin membawa saudara pembaca yang masih tidak percaya bahawa wakil rakyat dan menteri-menteri mereka berbohong, termasuk PM yang mereka masih sayang, untuk melihat bukti berikut (rencana ini agak panjang kerana petikan akhbar – kalau tak petik nanti mereka tuduh internet reka-reka cerita):
(Maaf kerana mengguna petikan Star dalam bahasa Inggeris) http://thestar.com.my/online/newsreport.asp?file=/1999/5/17/nation/1718ktns.asp&newspage=nation Star Online: Monday, May 17, 1999 I won't resign, says minister TEMERLOH: Culture, Arts and Tourism Minister Datuk Seri Sabbaruddin Chik said yesterday that he will not resign as minister or from his position as Umno secretary-general unless asked to do so party president Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. "Dr Mahathir appointed me to both posts and it would be wrong for me to quit because I respect him as a leader. I leave my fate to him," he told reporters after opening the Ex-Servicemen's entrepreneurship seminar here. He was asked to comment on the minor reshuffle in the Cabinet which might involve him. When asked about his health, Sabbaruddin said he was well. "I cannot understand why some quarters have linked my kidney problems to my performance. I am still active and keep a tight schedule," he said.
Komen IB: Dia berkata dia tidak akan letak jawatan. Kalau saudara dengar berita dan baca akhbar, semuanya memetik Mahathir mengatakan bahawa kedua-dua menteri (Sabbaruddin dan Tok Mat) letak jawatan mereka dua minggu lalu. (iaitu 6 Mei). Berita Star ini bertarikh 17 Mei.
Kedua, PM kata ‘ .. mereka yang letak jawatan, saya nak buat macam mana ...’ Tetapi Sabbaruddin berkata, " adalah salah untuk dia meletak jawatan ...".
Komen IB: Dia menafikan dia sakit. Apa sebab dia nak sorok-sorok lagi? Apa nak dipanggil kalau dah tiap-tiap minggu kena buat dialisis ...? Kemudian dia kata pasal rombakan kabinet tidak akan melibatkannya. Sedangkan Mahathir kata mereka sudah hantar surat perletakan jawatan dua minggu sebelum itu. Ini petikan Bernama – berita rasmi negara.
Star Online: Tuesday, May 18, 1999 Mahathir mum on Cabinet reshuffle KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad remained tight-lipped over talk of a minor Cabinet reshuffle this week, dismissing them as mere rumours. "These are rumours ... You know they (the press/analysts) can speculate on anything and sometimes what they say can happen," he said. Reporters asked him about this at a press conference after the prime minister opened the 21st World Ports Conference here yesterday. Culture, Arts and Tourism Minister Datuk Sabbaruddin Chik hinted on Saturday that there could be a Cabinet reshuffle yesterday or today. "So you can have your rumours, I cannot confirm anything," he told reporters. On whether there would be an impending Cabinet reshuffle, Dr Mahathir said: "Sometime or other we will have a Cabinet reshuffle, maybe before the election or after the election.--Bernama
Komen IB: Mahathir nafi rombakan. Sabbaruddin kata ada rombakan. Mana nak dipercayai. Dalam hal ini nampaknya Mahathir yang kita tak boleh percaya. Apa salahnya kalau dia kata "Insya Allah, kita tunggu satu-dua hari lagi" daripada kata "ini semua khabar angin ...awak tahu mereka ini suka reka-reka cerita".
Utusan Online: Rombakan kabinet mungkin libatkan Sabbaruddin
KUALA LUMPUR 15 Mei - Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Seri Sabbaruddin Chik berkata, beliau menjangkakan satu rombakan kecil kabinet dalam tempoh sehari dua ini yang mungkin melibatkan kedudukannya. ''Saya tahu ada rombakan kabinet mungkin esok atau lusa. Mengenai kedudukan saya dalam kabinet dan parti (UMNO), itu terpulang kepada Perdana Menteri,'' katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO kepada Mingguan, hari ini. Sabbaruddin ditanya mengenai desas-desus beliau akan meletakkan jawatannya atas sebab kesihatan. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad enggan mengulas ketika ditanya pemberita mengenai desas-desus peletakan jawatan Sabbaruddin. ''Itu kena tanya dialah,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan penyelidikan dan pembangunan Proton di kilang utama Proton, di Shah Alam. Sabbaruddin ketika ditanya mengenai keadaan kesihatannya sekarang mengaku menghidap penyakit buah pinggang tetapi menjelaskan ia tidak sampai ke tahap serius. ''Sakit buah pinggang itu adalah sikit tapi insya-Allah saya boleh hidup lagi,'' katanya. Sabbaruddin bagaimanapun tidak bersetuju jika dikatakan beliau tidak sihat kerana sehingga hari ini beliau masih menjalankan tugas-tugas seperti biasa.
Komen IB: Pada 15 Mei lagi Sabbaruddin sudah kata pasal rombakan. Dan akan melibatkannya. Tetapi pada 18 Mei, dia sendiri nafi pulak. Samada Sabbaruddin berbohong atau berita dari Utusan tidak boleh diterima. Sebab selepas Utusan (16 Mei) siarkan berita Sabbaruddin terlibat dalam rombakan, dia nafi pula pada 18 Mei (Star 19 Mei).
Dan PM pada ketika ini dipetik tidak mengetahui pasal Sabaruddin meletak jawatan. SIAPA PEMBOHONG?
Saya ingin membawa saudara kepada petikan akhbar pada hari Anwar dipecat: Utusan Online: PM: Anwar boleh letak jawatan jika alasan kukuh KUALA LUMPUR 1 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menerima peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. ''Jika beliau (Anwar) memberi alasan yang kukuh mengapa beliau harus meletakkan jawatan, saya akan terima. ''Jika beliau bagi alasan kesihatan, beliau tak boleh laksanakan tugasnya lagi dan sebagainya, bagaimanalah hendak saya kata supaya beliau teruskan juga tugasnya? ''Semuanya bergantung kepada sebab-sebab (yang dikemukakan oleh Anwar),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas program Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, di sini hari ini. Perdana Menteri ditanya apakah beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Timbalan Perdana Menteri itu mengemukakan surat peletakan jawatan.
Sebelum itu, Dr. Mahathir juga ditanya mengenai desas-desus Anwar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Anwar telah tiga kali menafikan akan meletakkan jawatan termasuk yang terbaru semalam. Bagaimanapun terdapat desas-desus yang menyatakan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan pada Jumaat lalu. Ditanya sama ada Anwar menyokong langkah-langkah drastik mengawal spekulasi mata wang yang beliau umumkan hari ini, Dr. Mahathir berkata: ''Ya.''
Komen IB: Walaupun semua orang sudah tahu peristiwa yang berlaku pada hari tersebut, namun izinkan saya kembalikan fikiran saudara pembaca. Pada hari ini (2 Sep), Anwar diminta oleh Mahathir untuk meletak jawatan jika tidak Anwar akan dipecat. Untuk menyediakan masyarakat dengan tindakan yang akan dilakukan oleh Anwar (jika Anwar terima arahan Mahathir untuk letak jawatan), Mahathir sudah awal-awal lagi membohongi rakyat bahawa dia akan terima perletakan jawatan Anwar jika ianya munasabah. Keenggan Anwar telah menyusahkan Mahathir kerana umpannya tidak menjadi, rancangannya sudah terbantut dan konspirasi terpaksa diteruskan.
Tambahan lagi, Mahathir berbohong lagi dengan mengatakan Anwar setuju dengan langkah kawalan mata wang – suatu pembohong yang nyata kepada rakyat dan dia tidak langsung takut akan azab Allah yang bakal diterima.
DAN RUMUSANNYA
Jika ada saudara pembaca yang setia lagi dengan PM dan barisannya, bacalah petikan seterusnya. Ternyata kesemuanya kita jelas tidak benar. Bukti kukuh yang diada-adakan tertolak di mahkamah yang mereka sendiri main-mainkan. Yusof Nor yang berpendidikan agama keperingkat PhD (mungkin yang dia lulus ialah Perasaan Hasad Dengki) sanggup berbohong kerana kedudukan. Yusof Nor lebih takut dengan Mahathir dari takut azab amaran azab Allah yang dijanjikan kepada mereka yang berdusta dan membuat fitnah.
Utusan Online: PM sendiri akan jelaskan -- Kenapa terpaksa bertindak memecat Anwar KUALA LUMPUR 6 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri akan memberikan penjelasan kepada ahli-ahli UMNO kenapa beliau terpaksa bertindak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya di dalam kabinet dan parti, sehari dua lagi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli di peringkat akar umbi berhubung tindakan tersebut.
''Kita (ibu pejabat UMNO) akan panggil ketua-ketua bahagian dan timbalan, anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita pada pertemuan yang akan diadakan secara tertutup di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra,'' katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan bagaimanapun difahamkan pertemuan itu akan diadakan Selasa ini. Anwar dilucutkan jawatan daripada kabinet Dr. Mahathir Rabu lalu dan disingkirkan daripada UMNO sehari kemudian. Setakat ini belum ada penjelasan mengenai sebab-sebab pemecatan Anwar, kecuali afidavit polis yang mengaitkan penglibatannya dalam aktiviti seks yang melampau dan kemungkinan berlakunya pembocoran rahsia kerajaan kepada pihak luar.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, Dr. Mahathir membuat keputusan melucutkan jawatan Anwar setelah Perdana Menteri menerima ''bukti kukuh yang sangat sukar ditolak''. Kata Dr. Yusof: ''maklumat itu setelah diselidiki terbukti mempunyai asas-asas yang kukuh dan munasabah.''
KOMEN PENUTUP
Sudah cukup kita mendengar dan membaca rakan kita yang mengatakan bahawa usahlah dengar lagi berita dari media kerajaan – semuanya melaporkan berita yang diolah untuk membenarkan kata-kata pembohongan mereka.
Ikutilah berita-berita dari Harakah dan laman-laman reformasi yang ditulen sahaja. Awas juga dengan laman web kerajaan. Usah dekati mereka. Ingatlah, berita rombakan kabinet dengan tepat dilaporkan oleh beberapa laman web reformasi beberapa hari sebelum media kerajaan melaporkan.
Ingatlah berita Rahim xIGP yang pukul Anwar telah disiar berbulan lamanya sebelum pengakuan Rahim dilaporkan. Ingatlah berita rombangan "konspirators" tumbang di Mekah telah dilaporkan terlebih awal oleh laman-laman web reformasi walaupun media kerajaan menafi atau berdiam. Ingatlah kedudukan PM di IJN juga dilaporkan dengan tepat oleh berita dari internet sehingga PM terpaksa keluar dalam rakaman TV dengan suara terketar-ketar hanya untuk menbenarkan berita yang dilaporkan dalam laman-laman reformasi. Syabas Webmasters! Teruskan usaha saudara/i. Selidiki sumber berita anda agar agen kerajaan tidak dapat merisik masuk dan sengaja memburukkan imej saudara semua. Berwaspadalah!
Ibrahim Baba
21 Mei 1999