PERUBAHAN BESAR AKAN MELANDA NEGARA…
Teman-teman yang dikasehi sekelian yang masih lagi kabur dan terus menyokong UMNO dan kepimpinan sekarang. Pusinglah ke kiri dan kanan kita sejenak. Lihatlah betapa penyelewengan dan kemungkaran dilakukan tanpa segan silu oleh pemimpin yang kita sanjungi satu ketika dahulu.
Tradisi kesopanan orang timur dan adat resam nenek moyang telah kita diabaikan. Jauh sekali kita menjaga kesucian Agama Islam yang diamanahkan kepada kita sebagai khalifah. Keharmonian hidup di tanah air sendiri sudah melambai jauh semakin sayup. Sedikit demi sedikit kita semakin jauh hanyut bersama sampah sarap dan 'Shit' yang mengenepikan nilai-nilai ketimuran dan Islam.
Kini, arus kebangkitan melanda, begitu deras mengajak kita bersekali menguak ombak kemungkaran menuju alaf baru. Kita menongkah arus dan berpaut pada perahu tua yang rapuh, mungkin karam bila-bila masa. Pun begitu tarikannya teramat kuat, sukar dilepaskan.
Dengan keyakinan yang tinggi arus kebangkitan terus melewati kita, membawa bersama rakan-rakan kita, saudara-mara kita, jiran tetangga kita dan ramai lagi entah siapa. Kita terus ditinggalkan arus perdana kebangkitan rakyat.
Lihatlah sekeliling, siapakah lagi yang masih tinggalbersama kita? Berapa orangkah alim ulamak yang masihmenyebelahi kita? Berapa ratus pelajar baik di universiti maupun di sekolah-sekolah yang tidak menentang kita? Gurunya pula berapa ramai? Pegawaikerajaan berapa orang? Pak cik dan mak cik di kampong sana masihkah menyokong kita? Mereka yang diam pula adakah bermakna bersetuju dengan pemimpin kita? Atau mungkinkah mereka hanya menunggu masa untukmenjatuhkan kita?.
Insaflah, 'dia' sudah terlalu usang untuk mengemudibahtera ini. Lihatlah rentak kayuhannya akhir-akhirini. Nilailah sendiri. Apakah beliau masih layak mengemudi negara lima enam tahun lagi?. Sepuluh tahun lagi?
Oh tidak… Sesungguhnya sampai masa, pemimpin mesti berganti atau digantikan. Masa untuk bersara tetap kan tiba. Dengan kemajuan negara yang sudah menjangkau jauh, penggantinya mestilah yang benar-benar berwibawa. Apakah ada di dalam UMNO individu yang layak untuk mengambilalih tempat beliau menangani arus kebangkitan yang terus bergejolak?
Sayang sekali, tidak kelihatan seorang pun di dalam UMNO yang layak digelar 'pemimpin'. Inilah diantara sebab kenapa rakan-rakan dan saudara-mara kita telah berduyun-duyun keluar meninggalkan UMNO. Yang tinggal hanyalah beberapa kerat yang berkepentingan peribadi atau yang 'bermasaalah'. Yang lainnya hanya menunggu masa sesuai atau setidak-tidaknya berdiam diri sehingga tiba Pilihanraya.
Apakah tuan-tuan akan izinkan mereka yang berkepentingan terus menerajui negara? Apakah perkara yang sama tidak mungkin diulangi oleh pemimpin dari parti yang sama? Tanpa mengubah Dasar parti, amat mustahil perkara yang sama tidak akan berulang. Oleh itu, PERUBAHAN yang kita perlukan bukan setakat kepimpinan, tetapi Dasar Kepimpinan itu sendiri yang lebih memerlukan PERUBAHAN.
Di mana-mana kita mendengar berduyun-duyun ahli UMNO berpindah parti manakala cawangan-cawangan bertukar kepada cawangan parti pembangkang. Trend ini berterusan sehingga sekarang malah semakin hari semakin ramai, semakin hari semakin jelas, rakyat semakin berani menyatakan pendirian. Mengambilkira keadaan ini, adalah dijangkakan UMNO akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang.
Semakin lama pilihanraya ditangguhkan semakin pudar harapan untuk menang, semakin tenat pula penyakit yang dihidapi UMNO yang suatu ketika dahulu gah dengan kekuatan yangdimiliki.
Perkembangan politik mutakhir ini bagaikan memberitahu kita bahawa Barisan Pembangkang berkemungkinan besar memperolehi majoriti mengejutkan untuk memerintah negara. Sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sepi semata-mata. Apa yang dikatakan mainan tidur pemimpin parti pembangkang sekarang nampak semakin menghampiri realiti.
Satu perubahan besar akan melanda negara. Mungkin kita merasa sedikit janggal untuk membayangkan Malaysia dipimpin oleh Parti Pembangkang. Selama lebih 40 tahun, kita memberi kepercayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk menerajui negara tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu. Kita tidak pernah mengaitkan pemerintahan negara Malaysia dengan parti selain UMNO dan Barisan Nasional. Apakah mustahil Malaysia diperintah oleh parti lain? Apa, lekeh sangatkah PAS untuk memerintah negara? Bodoh sangatkah pemimpin PAS untuk menghancurkan negara sekiranya mendapat mandat, atau menyerahkan kuasa ketangan pihak lain? ApakahUMNO sahaja yang pandai membangunkan negara?.
Amat memalukan sekiranya kita gagal mendaulahkan Islam di negara kita sendiri sedangkan kita hampir setiap masa kita berikrar dengan Allah bahawa "Allahuakbar!,Allahuakbar!, Allahuakbar!".
PAS sebagai sebuah parti politik menawarkan sistem pentadbiran alternatif kepada rakyat Malaysia. Bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain seperti KeADILan, DAP, PRM dan lain-lain, rakyat diberi pilihan ke arah menentukan halatuju politik negara di masa akan datang.
Merujuk kepada PAS sebagai salah satu daripada wadah perjuangan, ciri-ciri kepimpinan yang ditawarkan adalah berbeza sama sekali dengan apa yang diamalkan oleh UMNO. Mengambil Islam sebagai dasar, PAS menawarkan sistem pemerintahan yang lebih realistik. PAS bercita-cita menjadikan Islam sebagai Addeen.
Marilah, hapuskan pemikiran kuno di dalam kepala kita bahawa Malaysia adalah milik UMNO dan Barisan Nasional. Kita perlukan PERUBAHAN dan pilihanraya yang semakin hampir merupakan cara yang paling baik untuk kita melakukan PERUBAHAN ini.
Percayalah, KITA PERLUKAN PERUBAHAN. Kembalikan kedaulatan Islam dan Negara Malaysia ke tempat yang sepatutnya. Tidak lama lagi. PERUBAHAN BESAR AKAN MELANDA NEGARA.…
Scared heart
27 Mei, 1999