PILIHANRAYA MAKIN HAMPIR, APAKAH TINDAKAN KITA?

Dalam diam tak diam kita sudah menghampiri bulan Jun 1999. Ini bermakna Kerajaan Malaysia Pimpinan Barisan Nasional (BN) cuma mempunyai masa selama10 bulan sahaja lagi untuk memerintah, apabila khidmat pemerintahan mereka tamat pada bulan April 2000. Ini menunjukkan bahawa tekanan untuk menjalankan proses pilihanraya persekutuan makin kuat di mana beberapa siri kempen perang saraf telah dilakukan oleh para pemimpin utama Barisan Nasional.

Mereka menggunakan semua cabang komunikasi dan pentadbiran kerajaan didalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa mereka. Tidak lupa juga institusi swasta yang digenggam oleh mereka dalam usaha mereka mempopularkan diri mereka. Dapat kita semua perhatikan beberapa siri gerak gempur yang telah dijalankan oleh Pemuda UMNO, Gerakan, MIC mahupun MCA dewasa ini.

Didalam beberapa siri gempur mereka, mereka talah melakukan satu salah laku yang amat keji (jika ditafsirkan begini) yang mana mereka cuba menutup korupsi, kronisma dan nepotismna yang dilakukan oleh sebilangan besar pemimpin utama Barisan Nasional.

Mahkamah sekali lagi menjadi alat permainan Barisan Nasional kerana dalam tempoh yang terdekat ini kita lihat beberapa saman (berjuta-juta RM nilainya) telah dikemukakan. Ini belum termasuk kes saman dalam mahkamah yang membabitkan beberapa individu yang nyatanya cuba untuk menegakkan benang yang basah.

Perdana Menteri Malaysia telah menggunakan kuasa mahkamah untuk membenarkan fitnah yang dilemparkan bukan saja kepada Sdr Anwar Ibrahim akan tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Andaikata institusi Mahkamah boleh dan telah dikuasai oleh Barisan Nasional, ini memungkinkan berlakunya salahguna kuasa yang teruk jika andaikata BarisanNasional menang tipis dan saman telah dilakukan oleh Barisan Alternatif.

Pastinya urusan untuk mengira undi dengan pengawan mahkamah akan berjalan dengan tidak jujur malah mencurigakan. Tiada satu pun perkara yang mustahil boleh berlaku didunia ini. Kita pernah melihat beberapa teknik penipuan, ugutan malah rasuah telah dilakukan di dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya persekutuan.

Lihat sahajalah apa yang telah berlaku di dalam pilihanraya negeri Sabah yang baru selesai. Bukankan kita dapat lihat dan dengar serta yakini beberapa siri penipuan, ugutan mahupun rasuah telah dilakukan oleh parti pemerintah Barisan Nasional. Pilihanraya negeri Sabah tersebut juga telah membazirkan hampir RM200 juta wang rakyat di disalurkan melalui agensi-agensi tertentu.

Kita semua perlu tahu, Barisan Nasional tidaklah mempunyai sumber kewangan yang begitu besar (200 juta lebih). Oleh yang demikian dari manakah sumber kewangan ini didapati untuk melakukan proses lobi didalam pilihanraya negeri Sabah yang baru selesai. Pernahkah anda mendengar akan peribahasa "Rumah Siap Pahat Berbunyi". Jika pernah anda tentunya faham akan maksud yang terselindung disebalik peribahasa Melayu itu.

Kita semua tentunya tahu bahawa proses pilihanraya biasanya menggunakan ramai kakitangan kerajaan (Guru, Kerani dan ramai lagi) untuk menjalankan urusan SPR. Kita tahu SPR tidak mempunyai ramai kakitangan rasmi. Kebanyakan daripadanya diambil secara kontrak (sementara) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Premis Sekolah, Balairaya dan Dewan Awam akan digunakan untuk proses pilihanraya. Oleh yang demikian ini memberikan satu petanda bahawa proses pilihanraya akan dilakukan ketika beban kerja dan lokasi premis telah dikosongkan.

Daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, kita dapat lihat satu pola yang menjadi petunjuk utama bilakah pilihanraya akan dijalankan. Satu daripada pola yang paling utama dan berkesan adalah 'Musim Cuti Sekolah'. Untuk pengetahuan anda semua, waktu yang paling sesuai dalam masa yang terdekat ini ialah pada penghujung bulan 8 (Ogos) dan awal bulan 9 (September).

Satu lagi masa yang paling sesuai ialah penghujung bulan 11 (November) dan awal bulan 12 (Disember) tahun ini. OLeh yang demikian, saya menyeru semua petugas-petugas pilihanraya (Barisan Alternatif) dan juga para reformis agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya persekutuan ini. Dengan cara bersiap siaga inilah kita dapat memperkukuhkan kekuatan untuk menghalang dan seterusnya mengalahkan Barisan Nasional.

Pastikan mesej kita sampai kepada para pengundi dan jangan biarkanpara pengundi digula-gulakan oleh Barisan Nasional. Sekatlah dan pintaslah dari sekarang semua agenda yang dibawa oleh Barisan Nasional. Pastikan kali ini Barisan Nasional akan tersungkur didalam percaturan mereka. Jangan biarkan rakyat Malaysia tertindas dan ditipu sekalilagi. Cukuplah apa yang selama ini mereka telah lakukan kepada semua rakyat.Pastikan kemenangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya persekutuan kali ini.

Ingatlah bahawa setiap apa kesilapan yang akan kita lakukan akan dicemuh oleh seluruh masyarakat kita pada satu masa nanti. Jangan biarkan kita dicaci oleh anak cucu kita atas kesilapan kita masa ini. Undilah Kerajaan Barisan Alternatif !!!!

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
28 Mei, 1999

http://members.xoom.com/ketuaperusuh