Hanya di zaman Mahathir para menteri UMNO dilantik dari kalangan merekayang telah ditolak oleh ahli parti sendiri (yang tewas dalam pemilihan MT).
Hanya di zaman Mahathir terdapat paling ramai mereka yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya dilantik sebagai menteri dengan penyalahgunaan kuasa oleh PM melantik senator.
Hanya di zaman Mahathir seorang Ketua Wanita tidak dilantik sebagaimenteripenuh (sehingga selepas 2 dua tahun) manakala orang yang ditolak sebagaiKetua Wanita diambil sebagai menteri penuh. Suara Wanita tidak langsung diwakilidikabinet.
Hanya di zaman Mahathir seorang Ketua Pemuda tidak menjawat sebarang jawatan menteri, menteri besar atau pun timbalan menteri, manakala naibnya diberi jawatan.
Hanya di zaman Mahathir terdapat bekas Timbalan PM yang paling ramai (3orang)
Hanya di zaman Mahathir terdapat bekas Timbalan PM yang masih hidup tetapi tidak menjadi PM (di zaman Tun Razak, satu-satunya bekas Timbalan PM meninggal dalam jawatan)
Hanya di zaman Mahathir terdapat kemelut parti di mana ahli keluar partisecara ramai-ramai sebanyak dua kali.
Hanya di zaman Mahathir terdapat paling banyak bilangan cawangan danbahagian UMNO dibubarkan (dan berlaku dua kali).
Hanya di zaman Mahathir terdapat anggota kabinet yang melebihi umur 55 tahun yang paling ramai pada satu-satu masa dan purata umur kesemua ahli kabinet (dari semua parti) mencapai umur paling tinggi.
Hanya di zaman Mahathir seorang Setiausaha Agong UMNO digantikan dengan seorang yang lebih tua umurnya. (Khalil 61 Sabaruddin 58)
Hanya di zaman Mahathir seorang PM diejek, diboo dan dibaling dengan pelbagai benda oleh anggota parti sendiri selepas mempengerusi mesyuarat parti.
Hanya di zaman Mahathir seorang Naib Presiden parti menentang Presiden untuk kerusi Presiden. (Sulaiman Palestin bukan pimpinan kanan parti ketikamenentang Hussien Onn)
Hanya di zaman Mahathir seorang Presiden parti menang tipis untuk kekalkan kerusi Presiden parti (itu pun dibantu dengan pelbagai penyelewengan).
Hanya di zaman Mahathir parti UMNO terpaksa dibubarkan.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM tidak mewakili mana-mana parti, ketika UMNO dibubarkan.
Hanya di zaman Mahathir bekas-bekas Perdana Menteri bersepakat menentang seorang PM.
Hanya di zaman Mahathir perlantikan Menteri Besar ditolak secara beramai-ramai oleh keseluruhan ADUN dari parti sama.
Hanya di zaman Mahathir beberapa Menteri Besar dilantik bukan dari Timbalan Menteri Besar.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM dilantik dari generasi kedua pendatang luar dan berketurunan India.
Hanya di zaman Mahathir rakyat dari pelbagai bangsa berhimpun melebihi ratusan ribu berhimpun menentang PM dan meminta seorang PM undur.
Hanya di zaman Mahathir perhimpunan dan ceramah parti pembangkang mencapai angka 100,000 ribu (bukan sekali dua) hadirin.