Kronisma Dalam Pembahagian Tender Restoran Hentian R & R PLUS

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang sekarang ini sudah menjadi seorang ahli perniagaan. Dahulunya dia adalah seorang kakitangan kerajaan seperti saya yangberdedikasi (bukan daddy kasi).

Akan tetapi atas beberapa perselisihan faham dengan ketua jabatannya maka dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan bersara awal.

Sekarang ini sahabat saya itu telah berjaya didalam bidang yang diceburinya iaitu industri makanan dan penyediaan makanan. Saya dapat tahu perniagaannya sedang berkembang baik walaupun didalam keadaan kegawatan yang melanda negara sekarang ini.

Didalam perbualan kami itu (telefon) dia mengajak saya keluar untuk minum petang disebuah kafe di Jalan Ipoh. Saya bersetuju untuk keluar kerana pada masa tersebut saya tidak mempunyai apa-apa aktiviti.

Dikafe tersebut sahabat saya telah bercerita tentang satu tender untuk mendapatkan 'slot' pemilikan restoran di sebuah Hentian R&R PLUS. Sahabat saya ini ada memohon sama didalam tender ini dan kemudiannya dipanggil untuk temuduga. Keluarga sahabat saya ini telah berkecimpung didalam perniagaan penyediaan makanan (catering) lebih dari 15 tahun.

Temuduga tender ini telah dilakukan di sebuah pejabat PLUS yang berada berhampiran dengan sebuah Plaza TOL. Seramai 6 orang telah dipanggil temuduga dimana sahabat saya juga terlibat sama. Lima orang daripada enam orang yang dipanggil untuk ditemuduga tersebut telah mempunyai pengalaman yang luas dan pekakasan yang sedia ada untuk memulakan perniagaan tersebut.

Akan tetapi apa yang berlaku ialah orang yang termasuk dalam kumpulan 5 orang ini pula yang mendapat tender tersebut. Semua yang menghadiri temuduga tersebut berasa amat tidak puas hati. Ini kerana orang yang mendapat tender tersebut tidak berkemahiran langsung di dalam perniagaan penyediaan makanan serta tidak mempunyai peralatan untuk mengendalikannya. Apa yang pasti dia bukanlah calun yang paling layak di antara mereka berenam. Bagaimana boleh dia menjadi pilihan dan mendapat tender itu.

Setelah dilakukan sedikit penyelidikan maka dapatlah diketahui puncanya. Orang yang mendapat tender tersebut merupakan adik kepada seorang pemimpin UMNO peringkat tertinggi dan dia menggunakan Menteri Kerjaraya sebagai orang yang menjamin agar dia mendapat tender tersebut.

Tidakkah ini bersifat kronisma. Sahabat saya amat tidak berpuas hati atas urusan temuduga tender tersebut yang katanya tidak telus dan tidak mencerminkan profesionalisma yang tinggi.

Agaknya jika kita ingin mendapatkan sesuatu tender maka perlulah kita menpunyai 'connections' atau 'cable' dengan pemimpin-pemimpin tertentu yang mana dengan adanya 'connections' atau 'cable' akan memudahkan segala urusan.

Sampai bilakah semua ini akan menjadi budaya kerja dalam masyarakat kita. Ini belum diambil kira dengan rasuah serta perbuatan ugutan. Bilakan urusan pentadbiran sesuatu organisasi akan telus di negara kita yang tercinta ini.

Salam Islah Dari

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)

http://members.xoom.com/ketuaperusuh/

Komen MR~ Satu lagi penyelewengan dan kezaliman di bawah Kerajaan BN