Anjuran Untuk Alternatif

25 Ogos, 1999 - Minda Rakyat menerima pandangan beberapa kelompok dalam masyarakat di negeri ini yang menyuarakan perlunya Barisan Alternatif mempunyai satu bendera bagi melambangkan dokongan perjuangan parti-parti politik yang berada di dalam kesatuan ini. Menurut pandangan itu lagi, ini akan lebih memantapkan perjuangan yang didokong secara bersama .

Bendera tersebut hendaklah bercirikan bendera Malaysia dan memuatkan bendera keempat-empat parti alternatif di dalamnya. Jika boleh biar tertera 'ALTERNATIF' di atas bendera tersebut yang kemudiannya boleh dijual secara pembahagian menurut parti-parti politik kepada rakyat.

MINDA RAKYAT