25 Ogos, 1999 - Kenyataan beberapa orang Menteri Kabinet Maha Firaun berhubung isu PAS yang akan mengadakan sambutan kemerdekaan negara disifatkan oleh pemerhati politik tempatan sebagai tidak patriotik dan terlalu 'menurutkan perasaan'.
Hakikatnya, perayaan kemerdekaan negara selama 42 tahun ini juga telah disambut secara tersendiri oleh mereka yang terlibat, mengikut negeri masing-masing dengan acara yang berasingan. Dan sambutan yang dibuat secara berasingan ini, selama 42 tahun lalu tidak pernah dilihat sebagai 'perpecahan'. Hanya apabila PAS menyuarakan perkara ini untuk membuktikan bahawa PAS juga adalah bersifat patriotik