BEZANYA ANTARA YANG BERIMAN DENGAN TIDAK BERIMAN

25 Ogos, 1999 - Kenyataan Hamid Abdul Hamid Othman yang menyifatkan ulasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai 'melampau' dalam memberi komen bahawa kejadian gempabumi di Turki ada kaitannya dengan 'bala Allah', lahir dari keimanannya yang tipis dan jelas beliau jahil dalam ilmu ugama.

Allah berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka (dasar dan perudangan Islam) menurut apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu (melalui Quran). Jika mereka berpaling (dari hukum Allah) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah (bala dan kesusahan) kepada mereka disebabkan sebahgian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik" - AlMaidaah: 49

Sudah terang lagi bersuluh peringatan Allah di dalam Al-Quran bahawa bala yang turun adalah disebabkan keengganan manusia menyempurnakan dasar dan peraturan yang ditetapkan Allah, sebaliknya menentukan dasar dan peraturan ciptaan manusia yakni ciptaan thagut.

Jelas kepada umat Islam ciri-ciri orang yang beriman dan berilmu, bahawa orang yang beriman seringkali menerima peringatan Allah melalui kejadian-kejadian alam dan musibah yang dialami. Sebaliknya orang yang tidak beriman tidak pernah menganggap kejadian tersebut sebagai 'peringatan Allh', sebaliknya terus mengeluarkan kenyataan yang 'melindungkan' tembelang dan belang dosa yang telah dilakukan.

Malahan kenyataan Mid Man supaya jangan disamakan umat Muhamad dengan zaman nabi Nuh atau nabi yang terdahulu, boleh menyebabkan tergelincirnya  iman terhadap Allah kerana bercanggah dengan prinsip beriman kepada nabi-nabi serta qadha dan qadar Allah. Wallahua'lam.

MINDA RAKYAT